ebook img

aplikasi doktrin al-`urf dalam instrumen pasaran kewangan islam di malaysia ah{{{{mad sufya ... PDF

142 Pages·2002·2.13 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview aplikasi doktrin al-`urf dalam instrumen pasaran kewangan islam di malaysia ah{{{{mad sufya ...

APLIKASI DOKTRIN AL-````URF DALAM INSTRUMEN PASARAN KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA AH{{M{{ AD SUFYA<<N<< CHE `ABDULLAH JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2002 APLIKASI DOKTRIN AL-````URF DALAM INSTRUMEN PASARAN KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA OLEH: AH{{M{{ AD SUFYA<<N<< CHE ````ABDULLAH KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2002 ‘ DEDIKASI Istimewa buat... Papa... Kasihmu bak sungai mengalir, Jernih tanpa henti, Mama... Sayangmu umpama lautan nan biru, Diceduk takkan kering, Melihatmu menenangkan jiwa, Kak Ea dan Kak Yah... Sanjunganmu mengangkat diriku Adik-adik... (Anas, Syarif, Ros, In, Din) Semadi kasih kalian di hati, Guru-guru... Ilmu kaucurahkan, Jasa kautaburkan, Sahabat... Wujud kalian waktu suka dan derita, Keluargaku Extro... Satu hati satu perjuangan, Perjuangan kita akan tercapai jua, Teman, Senyumanmu ubat hatiku, Cinta-Nya sama-sama kita buru! i ABSTRAK Dalam penulisan klasik teori perundangan Islam, doktrin al-`urf diklasifikasikan sebagai sumber yang tidak disepakati penggunaannya oleh ulama’ (al-adillah al-mukhtalaf fi<ha>). Namun begitu, doktrin al-`urf sebenarnya banyak mempengaruhi unsur-unsur penentuan hukum bagi sesuatu kes terutama dalam hukum fiqh mu`a>malah. Hukum yang disandarkan kepada `urf boleh mengalami perubahan sekiranya `urf yang disandarkan itu berubah. Instrumen pasaran kewangan Islam di Malaysia pula diasaskan oleh prinsip-prinsip mu`a>malah yang telah wujud dalam buku-buku silam. Namun, prinsip-prinsip mu`a>malah ini tidak dipindahkan secara terus daripada pendapat ulama’ silam, tetapi dikaji dan dinilai berasaskan `urf tempatan. Dalam proses ini, hukum-hukum fiqh mu`a>malah klasik yang kebanyakannya bersandarkan kepada `urf tempatan mereka telah mengalami perubahan apabila disandarkan kepada `urf urus niaga kewangan Islam yang moden. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang kuasa doktrin al-`urf yang menjadi penentu hukum, dengan mengambil contoh perubahan hukum yang berlaku dalam beberapa unsur fiqh klasik, yang telah diaplikasikan dalam instrumen pasaran kewangan Islam di Malaysia kini. ii SENARAI KEPENDEKAN DAN AKRONIM Ab./Abd. = Abdul BA = Penerimaan Jurubank BBA = Bay` Bithaman A<jil Bhd. = Berhad BIMB = Bank Islam Malaysia Berhad BNM = Bank Negara Malaysia BSKL = Bursa Saham Kuala Lumpur BTAI = Bon Tanda Aras Islam Cagamas = Perbadanan Cagaran Malaysia Berhad CDS = Central Depository System (Sistem Depositori Berpusat) Cet. = Cetakan Co. = Company COMMEX = Commodity and Monetary Exchange (Bursa Komoditi Dan Kewangan Malaysia) CPO = Crude Palm Oil (Minyak Sawit Mentah) DBP = Dewan Pustaka dan Bahasa Dr. = Doktor Ed. = Editor / Penyunting Eds. = Penyunting-penyunting et al. = Et. Alia (dan lain-lain) FIA = Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 GIC = Government Investment Certificates (Sijil Pelaburan Kerajaan) h. = Halaman hh. = Halaman-halaman Hj. = Haji IAB = Islamic Acceptance Bill (Bil Penerimaan Secara Islam) Ibid. = Ibidiem (rujukan yang sama sebelum ini) IIMM = Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia Inc. = Incorcoporated (Sendirian) Infra = Sebagaimana yang dijelaskan di bawah IOFC = Labuan International Offshore Financial Centre (Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa Labuan) IPDS = Sekuriti Hutang Korporat Secara Islam j. = Jilid/juzuk JAKIM = Jabatan Kemajuan Islam Malaysia KLSE = Kuala Lumpur Stock Exchange (Bursa Saham Kuala Lumpur) KLOFFE = Kuala Lumpur Options and Future Financial Exchange (Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur) KPII = Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam LC = Kemudahan Surat Kredit iii Ltd. = Limited (Berhad) Md./Mohd. = Muhammad MDEX = Malaysian Derivative Exchange (Bursa Derivatif Malaysia) MESDAQ = Malaysian Exchange of Securities Dealing & Automated Quotation (Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia) MII = al-Mud}a>rabah Interbank Investment (Pelaburan Antarabank al-Mud}a>rabah) MGS = Malaysian Government Securities (Sekuriti Kerajaan Malaysia) MPS = Majlis Penasihat Syariah Op.cit. = Opere citato (karya yang dirujuk sebelum) PDS = Sekuriti Hutang Korporat Prof. = Professor REPO = Perjanjian pembelian balik SCA = Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 SCANS = Securities Clearing Automated Network Services Sdn. Bhd. SCORE = System on Computerised Order Routing and Execution (Sistem Tentang Penghalaan dan Pelaksanaan Pesanan Berkomputer) SKI = Sistem Kewangan Islam SPI = Sistem Perbankan Islam SPK = Sekuriti Hutang Kerajaan SPTF = Sistem Perbankan Tanpa Faedah s.a.w. = S{allalla>hu `alaihi wa Sallam SC = Securities Commision (Suruhajaya Sekuriti) Sdn. = Sendirian Supra = Seperti yang dinyatakan di atas s.w.t. = Subh}a>nahu> wa Ta`a>la Terj. = Terjemahan t.p. = Tanpa penerbit TSR = Hak Langganan Boleh Pindah t.t. = Tanpa tahun t.t.p. = Tanpa tempat penerbit UIAM = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UKM = Universiti Kebangsaan Malaysia UM = Universiti Malaya UPMI = Unit Pasaran Modal Islam iv PENGHARGAAN Alhamdulillahi rabbil `a>lami<n, segala puji dan syukur bagi Allah pemilik segala yang wujud. Kesyukuran ku panjatkan kehadrat Ilahi di atas kurniaan pentunjuk dan kekuatan dalam menyiapkan kertas projek ini yang bertajuk “Aplikasi Doktrin al-````Urf dalam Instrumen Pasaran Kewangan Islam Di Malaysia”. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, penghulu segala Nabi dan Rasul, yang telah membawa risalah Islam ke dunia ini bagi menjadi petunjuk kepada kebenaran Allah. Dalam kesempatan ini, penulis mengalungkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Fadillah bt Mansor, selaku penyelia kertas projek ini. Segala bimbingan, pandangan dan kritikan yang diberikan dalam menyiapkan kertas projek ini amat berharga buat penulis. Penulis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar, dekan Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, UIAM, atas kesudian beliau melapangkan masa untuk ditemuramah bagi mendapatkan beberapa fakta yang perlu diketengahkan di dalam penulisan ini. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah di Akademi Pengajian Islam, terutama Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Prof. Madya Dr. Ab Mumin Ab Ghani dan semua pensyarah di Jabatan Syariah dan Pengurusan, yang telah memberi didikan dan nasihat kepada penulis dalam pelbagai disiplin ilmu sepanjang pengajian di Uni Perdana ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua warga pendidik yang pernah memberi tunjuk ajar kepada penulis sehingga penulis mampu sampai ke tahap ini. Sesungguhnya segala ilmu dan sistem nilai yang disemaikan menjadi bekal buat penulis dalam penerokaan ilmu yang masih jauh untuk diterokai. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas mutiara ilmu yang kalian taburkan. v Buat Mama (Nik Rahmah Nik Abd. Samad) dan Papa (Che Abdullah Che Amat) yang dicintai, kupanjatkan doa dan munajat kepada Allah s.w.t. moga Allah menyayangi kalian sepertimana kalian mengasihani diriku dari dulu hingga kini dan untuk selama- lamanya. Segala pengorbanan dan keikhlasan serta iringan doa kalian menjadi inspirasi perjuangan ini. Sesungguhnya keringat yang dicurahkan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata... Buat Cik Li di Sabah dan isteri. Kak Ea dan suami, dan Kak Yah yang dikasihi, serta adik-adik yang dicintai, terima kasih atas doa kalian. Semoga diri ini mampu menjadi teladan buat kalian dan jadikanlah diri kita kebanggaan keluarga dan agama. Terima kasih untuk keluarga tercinta kerana memahami diri ini. Rakan-rakan DK9 (Moy, Mahat, Nije, Lost, Epi, Tehi, Mat Pis, Zainal, Mat Be, Fahmi, Cikgu, Ela, Firi, Dato’, Abe dan Jiji.) terima kasih atas bantuan yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Suka duka sepanjang kita bersama akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidupku. Semoga tali persahabatan ini akan terus kekal buat selama- lamanya. Tidak ku lupakan buat keluarga EXTRO, semoga ikatan tali persaudaraan yang terjalin akan terus subur. Satu hati satu perjuangan tetap akan diteruskan walau apa pun terjadi. Terima kasih atas segalanya. Kalian semua akan sentiasa ku kenang dalam doaku. Istimewa buat teman ‘yang berjaya’ di Mahallat Maryam, UIAM, Gombak, ketahuilah, seandainya malam berakhir tapi tiada mentari yang bersinar, cukuplah senyumanmu menggantikannya. Akhir kata jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penulisan ini sama ada secara langsung atau tidak. Penulis memohon kemaafan di atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang penulisan kertas projek ini. Harapan penulis agar ianya dapat memberikan manfaat buat semua. AHMAD SUFIAN BIN CHE ABDULLAH KG. KUTAN HILIR, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN. vi DAFTAR ISI BAB SATU: PENDAHULUAN KANDUNGAN HALAMAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Kajian-Kajian Lepas (Literature Review) 2 1.3 Hipotesis Kajian 4 1.4 Kepentingan Penyelidikan 5 1.5 Tujuan dan Objektif Kajian 6 1.6 Skop Kajian 6 1.7 Metodologi Kajian 7 1.7.1 Metode Pengumpulan Data 7 1.7.2 Metode Analisis Data 9 1.8 Sistematika Penulisan 10 BAB DUA: DOKTRIN AL-````URF DALAM PERUNDANGAN ISLA<<M<< 2.1 Latar Belakang Perundangan Islam 12 2.2 Sumber Perundangan Islam Sepintas Lalu 13 2.3 Doktrin al-````Urf : Pendefinisian dan Pengistilahan 16 2.3.1 Definisi Doktrin al-`Urf 16 2.3.2 Definisi Dalam Terminologi Us}u>l Fiqh 17 2.3.3 Perbezaan antara al-`Urf dan al-`A<dat 19 2.4 Pembahagian al-````Urf 20 2.4.1 al-`Urf al-`Amali> 21 vii

Description:
Islam di Malaysia pula diasaskan oleh prinsip-prinsip mu`a>malah yang telah MDEX. = Malaysian Derivative Exchange (Bursa Derivatif Malaysia).
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.