ebook img

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4. 0 Pendahuluan Pada bab ini akan diterangkan secara PDF

55 Pages·2015·0.9 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4. 0 Pendahuluan Pada bab ini akan diterangkan secara

BAB 4: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4. 0 Pendahuluan Pada bab ini akan diterangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis terperinci dan analisis umum. 4. 1 Analisis Terperinci Analisis yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan dapatan kajian yang diperolehi iaitu mengandungi interpretasi yang merangkumi keseluruhan ruang lingkup mengenai objektif kajian yang telah dikemukakan pada bab 1. Sehubungan dengan itu, perbincangan dalam analisis ini akan menumpukan kepada menjawab kesemua persoalan kajian yang telah dikemukakan di dalam bab 1 yang melibatkan soal selidik pelajar, temu bual guru dan soalan ujian pelajar. 4. 1. 1 Analisis Data Soal Selidik Dapatan soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mengenai latarbelakang responden, persepsi pelajar terhadap subjek BA, persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan komik. 4. 1. 1. 1 Bahagian A: Latarbelakang Demografi Responden Dapatan kajian dalam aspek latarbelakang responden meliputi aspek berikut:- 1) Jantina 1 2) Pekerjaan Bapa 3) Pekerjaan Ibu 4) Keputusan BA Terbaru 5) Sebab Belajar BA. Graf 4. 1: Taburan Responden Mengikut Jantina Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid Lelaki 28 46.7 46.7 46.7 Perempuan 32 53.3 53.3 100.0 Jumlah 60 100.0 100.0 Jadual 4. 1 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Berdasarkan graf dan jadual 4.1 di atas, responden kajian ini seramai 60 orang pelajar (100.0%) yang terdiri daripada 28 orang responden lelaki iaitu sebanyak (46.7%) dan 32 orang responden perempuan iaitu sebanyak (53.3%) daripada keseluruhan responden. 2 Graf 4. 2: Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid sendiri 12 20.0 20.0 20.0 berniaga 4 6.7 6.7 26.7 penoreh getah 13 21.7 21.7 48.3 pengawai 13 21.7 21.7 70.0 juruteknik 1 1.7 1.7 71.7 tukang kebun 1 1.7 1.7 73.3 guru 9 15.0 15.0 88.3 buruh 2 3.3 3.3 91.7 pemandu 4 6.7 6.7 98.3 MDB 1 1.7 1.7 100.0 Total 60 100.0 100.0 Jadual 4. 2 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa Graf dan jadual 4.2 menunjukkan taburan dan analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut pekerjaan bapa dalam 60 orang responden kajian. Berdasarkan data yang diperolehi, 12 orang bapa daripada responden bekerja sendiri iaitu sebanyak (20.0%), 4 orang berniaga (6.7%), 13 orang penoreh getah (21.7%), 13 orang pegawai (21.7%), seorang juruteknik (1.7%), seorang tukang kebun (1.7%), 9 orang guru (15.0%), 2 orang buruh (3.3%), 4 orang pemandu (6.7%), dan seorang MDB (1.7%). 3 Dapatan menunjukkan pekerjaan bapa semua responden terdiri daripada pelbagai jenis sosioekonomi, samada dalam sektor awam, swasta, mahupun bekerja sendiri. Graf 4.3 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid pegawai 2 3.3 3.3 3.3 suri rumah 43 71.7 71.7 75.0 guru 10 16.7 16.7 91.7 operator 1 1.7 1.7 93.3 kilang 1 1.7 1.7 95.0 tukang 1 1.7 1.7 96.7 jahit jururawat 1 1.7 1.7 98.3 penoreh 1 1.7 1.7 100.0 Total 60 100.0 100.0 Jadual 4.3 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan dan analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut pekerjaan ibu. Berdasarkan data di atas, 2 orang ibu iaitu (3.3%) merupakan pegawai, 43 orang ibu iaitu (71.7%) merupakan suri rumah, 10 orang ibu iaitu (16.7%) merupakan guru, seorang ibu iaitu (1.7%) merupakan operator, seorang (1.7%) merupakan operator, seorang iaitu (1.7%) merupakan tukang jahit, seorang iaitu (1.7%) merupakan jururawat dan juga seorang iaitu (1.7%) merupakan penoreh getah. 4 Secara keseluruhannya, jumlah ibu responden yang menjadi suri rumah merupakan yang paling ramai dalam kajian ini. Graf 4. 4 : Taburan Responden Berdasarkan Sebab Belajar BA Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid Pengaruh Sendiri 38 63.3 63.3 63.3 Pengaruh 13 21.7 21.7 85.0 Keluarga Terpaksa 9 15.0 15.0 100.0 Total 60 100.0 100.0 Jadual 4. 4 : Frekuensi dan Peratusan Responden Berdasarkan Sebab Belajar BA Manakala graf dan jadual di atas pula mengenai taburan, frekuensi dan peratusan responden berdasarkan sebab mereka belajar BA. Data menunjukkan seramai 38 orang responden iaitu sebanyak (63.3%) menyatakan daripada pengaruh sendiri, 13 orang iaitu sebanyak (21.7%) menyatakan daripada pengaruh keluarga dan 9 orang iaitu sebanyak (15.0%) menyatakan mereka terpaksa belajar BA. Keseluruhannya, responden yang belajar atas pengaruh sendiri merupakan jumlah yang paling ramai daripada kesemua responden. 5 Graf 4. 5 : Taburan Responden Berdasarkan Markah Ujian BA Terbaru Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid A 6 10.0 10.0 10.0 B 17 28.3 28.3 38.3 C 19 31.7 31.7 70.0 D 8 13.3 13.3 83.3 E 10 16.7 16.7 100.0 Total 60 100.0 100.0 Jadual 4. 5 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Markah Ujian BA Terbaru Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan, analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut markah ujian terbaru. Berdasarkan graf dan jadual di atas, 6 orang pelajar memperoleh A (10.0%), 17 orang pelajar memperoleh B (28.3%), 19 orang pelajar memperoleh C (31.7%), 8 orang pelajar memperoleh D (13.3%) dan 10 orang pelajar memperoleh E ( 16.7%). Secara keseluruhannya, dalam ujian BA terbaru untuk 60 orang responden kajian, jumlah terbesar ialah pelajar yang memperoleh C iaitu sebanyak 19 orang pelajar. 6 4. 1. 1. 2 Bahagian B: Persepsi Pelajar Terhadap Subjek BA Dapatan berdasarkan persepsi pelajar terhadap subjek BA merangkumi:- 1) Saya amat berminat untuk mempelajari bahasa Arab. 2) Bahasa Arab merupakan subjek yang susah. 3) Saya menghadapi kesusahan semasa mepelajari bahasa Arab kerana saya tidak mengulangkajinya . 4) Saya cepat lupa apa yang saya telah pelajari 5) Saya sering menghadapi masalah ketika hendak menghafal mana-mana subjek yang berbahasa Arab 6) Saya tetap akan mempelajari bahasa Arab walaupun terpaksa mengulangkajinya selalu. 7) Saya sering membuat nota tambahan untuk mengulangkaji sesuatu subjek bahasa Arab 8) Saya akan menggunakan pelbagai cara agar saya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab saya. 9) Guru sering membantu saya jika saya bertanya soalan. 10) Sekolah sering mengadakan program ke arah meningkatkan penguasaan BA 7 Graf 4.6: Taburan Persepsi Responden Mengenai Minat Dalam Mempelajari BA Soalan 1 Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid Sangat Setuju 15 25.0 25.0 25.0 Setuju 35 58.3 58.3 83.3 Tidak Setuju 8 13.3 13.3 96.7 Sangat Tidak 2 3.3 3.3 100.0 Setuju Total 60 100.0 100.0 Jadual 4.6 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Persepsi Responden Berdasarkan Minat Dalam Mempelajari Subjek BA Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan, frekuensi dan peratusan persepsi responden berdasarkan minat dalam mempelajari BA. Berdasarkan graf dan jadual di atas, 15 orang responden (25.0%) sangat bersetuju, 35 orang responden (58.3%) setuju, 8 orang responden (13.3%) tidak setuju dan 2 orang responden (3.3%) adalah sangat tidak bersetuju. Secara keseluruhannya, (83%) daripada responden minat terhadap subjek BA. 8 Graf 4. 7: Taburan Berdasarkan Persepsi Responden Mengenai Bahasa Arab Merupakan Subjek Yang Susah Soalan 2 Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid Sangat Setuju 6 10.0 10.0 10.0 Setuju 26 43.3 43.3 53.3 Tidak Pasti 1 1.7 1.7 55.0 Tidak Setuju 20 33.3 33.3 88.3 Sangat Tidak 7 11.7 11.7 100.0 Setuju Total 60 100.0 100.0 Jadual 4.7: Analisis Frekuensi Dan Peratusan Berdasarkan Persepsi Responden Mengenai Bahasa Arab Merupakan Subjek Yang Susah Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan, frekuensi dan peratusan berdasarkan persepsi responden mengenai BA merupakan subjek yang susah. Berdasarkan graf dan jadual di atas, 6 orang responden (10.0%) sangat setuju, 26 orang responden (43.3%) setuju, seorang (1.7%) tidak pasti, 20 orang responden (33.3%) tidak setuju, dan 7 orang responden (11.7%) yang sangat tidak setuju. Dapatan ini menunjukkan bahawa lebih (53%) responden berpendapat bahawa BA merupakan subjek yang susah. 9 Graf 4. 8: Taburan Berdasarkan Persepsi Responden Mengenai Kesusahan Semasa Mempelajari Bahasa Arab Kerana Tidak Mengulangkaji. Soalan 3 Peratus Peratus Frekuensi Peratus Valid Kumulatif Valid Sangat Setuju 13 21.7 21.7 21.7 Setuju 28 46.7 46.7 68.3 Tidak Pasti 2 3.3 3.3 71.7 Tidak Setuju 16 26.7 26.7 98.3 Sangat Tidak 1 1.7 1.7 100.0 Setuju Total 60 100.0 100.0 Jadual 4. 8: Analisis Frekuensi Dan Peratusan Berdasarkan Persepsi Responden Mengenai Kesusahan Semasa Mempelajari Bahasa Arab Kerana Tidak Mengulangkaji. Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan, frekuensi dan peratusan mengikut persepsi responden tentang kesusahan mempelajari BA kerana tidak mengulangkaji. Berdasarkan graf dan jadual di atas, 13 orang responden (21.7%) sangat bersetuju, 28 orang responden (46.7%) setuju, 2 orang responden (3.3%) tidak pasti, 16 orang responden (26.7%) tidak setuju, dan seorang responden (1.7%) adalah sangat tidak bersetuju. Dapatan ini menunjukkan 68% responden bersetuju bahawa menghadapi kesusahan semasa mempelajari BA kerana tidak mengulangkaji terlebih dahulu. 10

Description:
1 : Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina sebanyak (21.7%) menyatakan daripada pengaruh keluarga dan 9 orang iaitu
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.