ebook img

amalan perubatan dan penjagaan kesihatan dalam masyarakat PDF

273 Pages·2015·5.74 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview amalan perubatan dan penjagaan kesihatan dalam masyarakat

Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Isla m Diterbitkan Oleh : Jabatan Sejarah & Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Dengan Kerjasama: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Wilayah Persekutuan Putrajaya © 2015, Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindah dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis. Semua surat menyurat dan sumbangan hendaklah dialamatkan kepada: All letters and contributions should be mailed to: ©Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur ©Department of Islamic History And Civilization Division of Usuluddin Studies, Academy of Islamic Studies University of Malaya 50603, Kuala Lumpur Tel: (+603) 7967 6008 Fax: (+603) 7967 6144 Email: [email protected] Asyiqin Binti Ab Halim (PhD) Abdullah Yusof (PhD) Ahmad Faisal B Abd Hamid (PhD) · · Zaid Maher B Khirel Azman · · Nang Naemah Binti Nik Dahalan (B.Us) · · Ainul Mardiah Binti Ahmad Jahidi (B.Us)· · Nor Shahida Binti Shahrel (B.Us)· · Fateyn Aimi Binti Ibrahim (B.Us) · Isi Kandungan Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad dan Faisal@Ahmad Faisal Bin Abd Hamid Ilmu dan Faktor Asas Yang Membantu Kecemerlangan Pendidikan Mengikut Teori Sarjana slam…………………………………………………………………………...ms 1-38 Nur Nabilah Binti Azimoha dan Mohamad Zaidi Bin Abdul Rahman Wasilah Nasihat Dalam Mewujudkan Hubungan Rakyat Dengan Pemerintah: Asas Pembinaan Dalam Sesebuah Tamadun Islam…………………………………..ms 39-57 Nadiyah Binti Hashim, Hasmiza Binti Abdul Majeed, Siti Aisyah Binti Mazlan, Noranizah Binti Yusuf Pendekatan Dakwah Kepada Golongan Muda Di Sarawak…………………………ms 58-65 Masitah Binti Ramli dan Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid Sejarah Tipologi Sekolah Agama di Malaysia: Satu Analisis Perbandingan di YIK dan JAIS………………………………………………………………...........ms 66-78 Siti Aisyah Binti Mat Saad, Anuar Bin Ahmad, Rosi Talin dan Asmiaty Amat Guru Wanita dan Peranan: Faktor yang mempengaruhi peranan Guru Wanita….. ms 79-87 Nang Naemah Binti Nik Dahalan, Noorzahidah Binti Mohd Zain dan Mohd Akmal Bin Sidek Unsur-unsur didaktik dalam Cerita jenaka Melayu: Analisis Terhadap Cerita Jenaka Himpunan Raja Haji Yahya Raja Ali……………………………………………….ms 88-105 Ervina Alfian Pengaruh Islam di dalam Sukan Memanah: Suatu Realiti di Sebalik Kedudukannya Sebagai Sukan Sunnah……………….......ms 106-120 Ahmad Sobrie Bin Haji Ab. Rahman dan Roziah Sidik @ Mat Sidek Kartografi Dawlah Uthmaniyyah Era Sultan Suleyman al-Qanuni (1520-1566m)…………………………………...ms 121-139 Muhammad Basthami Abdullah dan Mohd Fauzi Hamat Ketokohan Imam Ibn Kathir Dalam Bidang Sejarah Islam: Kajian Terhadap Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah………………………………ms 140-169 Abdullah Yusof Amalan Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan Dalam Masyarakat: Ke Arah Integrasi Antara Perubatan Islam Dan Perubatan Moden……………….ms 170-177 Ummu Zainab Al-Abidah Binti Zainal Abidin dan Mohd Roslan Mohd Nor The History of British Association With Palestine Before The Establishment of The British Mandate For Palestine In 1922……………………………………ms 178-193 Shuhaibu Umar Gokaru dan Aizan Binti Ali@Mat Zin Historical Bedrock To Uthman Bin Foduye’s Approaches In Building Hausal And Society…………………………………………………..ms 194-226 Mohd Roslan Mohd Nor, Mohd Afandi Salleh dan Noor Atika Shafinaz Nazri Malaysia NGOs And Their Roles Towards Palestine: A Case of Aqsa Syarif And Viva Palestina Malaysia…………………………….ms 227-244 Mariyatul Qibtiyah Binti Haji Mohamad dan Noralfishah Binti Sulaiman Al-Mafqud Property Management: A Communal Obligation (Fard Kifayah) For Muslim Society………………………………………………….. ms 245-266 ILMU DAN FAKTOR ASAS YANG MEMBANTU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MENGIKUT TEORI SARJANA ISLAM Oleh: Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid Abstrak Setiap individu yang ingin berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam kehidupan serta pendidikan maka pasti asasnya adalah dengan ilmu. Ilmu merupakan asas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang bahkan juga dalam pendidikan. Dan sudah pastinya agama Islam amat menitikberatkan serta memberikan fokus penting kepada kecemerlangan yang asasnya adalah dengan ilmu. Asas kecemerlangan ilmu dan pendidikan pula pastinya berteraskan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias. Kesemua teras sumber ilmu dalam agama Islam ini, secara jelas teorinya itu mengajak manusia dan individu menuju redha Allah SWT. Justeru itu, para sarjana dan ilmuan Islam telah mengkoreksi teori kecemerlangan pendidikan Islam asasnya adalah dengan ilmu. Kata Kunci: Ilmu Dan Faktor Asas, Kecemerlangan Pendidikan, Teori Sarjana Islam PENDAHULUAN Di dalam menjalani kehidupan sebagai individu, seseorang manusia memerlukan beberapa elemen penting untuk meneruskan kehidupannya seperti mempunyai tenaga yang bersumberkan daripada makanan, minuman, sistem hubungan bermasyarakat, memerlukan disiplin hidup yang betul seperti berinteraksi, bermuamalah dan berkomunikasi dengan sesama individu ataupun manusia yang lain. Daripada sudut yang lain kehidupan seseorang individu ataupun manusia ini pasti memerlukan ilmu dan pengetahuan sebagai petunjuk hidup untuk membawa dirinya ke jalan yang betul, ke jalan yang positif dan ke jalan yang baik.1 Untuk membawa manusia daripada jalan yang tidak betul kepada jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah SWT maka tidak dapat tidak manusia memerlukan ilmu sebagai penyuluh dalam jalan  Calon Ijazah Kedoktoran, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel: [email protected]  Ketua Jabatan, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel: [email protected] 1 Franz Rosenthal, Keagungan Ilmu c. 3, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997), 80-81. kehidupannya. Oleh itu manusia sangat memerlukan ilmu dan ilmu itu mestilah difahami dalam ruang lingkup konsepsi ilmu itu sendiri.2 Ilmu pengetahuan amat penting buat manusia secara keseluruhannya. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja manusia akan menjadi mulia. Ilmu pengetahuan akan mencakupi dunia dan akhirat. Maka kedua-dua ilmu pengetahuan ini, dunia dan juga akhirat mempunyai peranan penting di dalam kehidupan manusia.3 Namun kedua-dua ilmu ini mestilah hendaknya berpaksikan al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan Qias. Islam sebagai deenul hayah dan Islam sebagai cara hidup yang Allah SWT redha di alam maya ini dengan panduan petunjuk al-Quran, dengan perantaraan rasulNya Muhammad SAW telah menunjuk cara dalam segala perkara termasuklah dalam akhlak terbaik kepada manusia.4 Ibnu Miskawaih telah menjelaskan bahawa pendidikan yang sempurna kepada masyarakat hendaklah dimulakan dengan pendidikan akhlak dan ianya akan terus saling berhubungan pertaliannya dengan alam akhirat.5 Rasulullah SAW sememangnya telah dibangkitkan dan diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak mulia dan akhlak yang terbaik kepada manusia. Ini sangat bertepatan dengan apa yang telah di sebut oleh baginda Rasulullah SAW dalam hadis baginda: قَِلاخ َلأا مَرِاكَ مَ مَمَِّتُلأ ِتُ ثعُِب امََّنِإ Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.6 2 Wan Mohd Nor Wan Daud, Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi, (Universiti Malaya, Kuala Lumpur, c. 1, 2005), 63. 3 Jasim bin Muhammad bin Muhalhil al-Yasin, al-Ilmu Baina Yadaiyya al-Alim Wa al-Mutallim (Dar al-Dakwah, Kuwait, c. 5, 1992) 13. 4 Ibnu Miskawaih, Tahzib al-Akhlak Wa al-Tathir al-‘Araq, Ibnu al-Khatib, Tahqiq Wa Syarah Gharib Anfus Ma Qa Lahu Falasifah al-‘Alam Fi al-Akhlak, c. 1, 1924, Huquq al-Tob’i Wa al-Naqli Mahfuzah, h. 103. 5Ibnu Miskawaih, Tahzib al-Akhlak Wa al-Tathir al-‘Araq, Ibnu al-Khatib, Tahqiq Wa Syarah Gharib Anfus Ma Qa Lahu Falasifah al-‘Alam Fi al-Akhlak, c. 1, 1924, Huquq al-Tob’i Wa al-Naqli Mahfuzah, h. 103-104. 6 Hadis Riwayat Imam Ahmad Maka dengan hadis Rasulullah SAW ini telah menunjukkan kepada kita sebagai seorang individu dan manusia bahawa, akhlak adalah penting dalam kehidupan. Akhlak mempunyai hubungan yang kuat dalam kehidupan hidup beragama seseorang individu ataupun manusia untuk terus meneruskan kelangsungan hidup di alam maya ini. Sememangnya benar Rasulullah SAW telah dibangkitkan kepada seluruh manusia dan juga umatnya demi untuk mengajar serta untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji. Jika manusia ini hidup tanpa agama dan juga akhlak maka akan jadi tempanglah kehidupan tersebut. Namun akhlak ini sangat berkait rapat dengan tarbiah ataupun pendidikan. Islam sangat mementingkan pendidikan di dalam kehidupan seseorang individu ataupun kepada seseorang manusia yang beriman. Dan ini lebih khusus lagi kepada seseorang individu yang bergelar sebagai muslim.7 Apakah akhlak seseorang manusia boleh berubah dan boleh diubah?. Ini adalah satu konotasi persoalan yang kadang-kadang bermain di dalam kotak pemikiran seseorang. Sudahpasti ianya boleh berubah dan boleh diubah daripada akhlak yang tidak baik menjadi baik dan menjadi terbaik. Akhlak juga akhirnya merupakan asas kejayaan pembinaan masyarakat Islam.8 Perubahan akhlak ini boleh berlaku dengan ada hubungkaitnya melalui pendidikan. Islam dapat merungkai dan membuktikannya kerana ini telah tercatat di dalam sejarah Islam sendiri bagaimanakah kisah akhlak Umar al-Khattab9 RA pada zaman jahiliahnya mempunyai akhlak yang bengis, kasar, degil, keras kepala dan sebagainya kerana tiada pendidikan. Beliau bersama- sama dengan pimpinan Quraish yang lain sentiasa sahaja mengganggu dakwah Nabi Muhammad SAW.10 Tetapi akhirnya beliau telah berubah menjadi seorang individu dan seorang manusia yang terbaik selepas melalui fasa pendidikan dan menerima pendidikan Islam di dalam amalan kehidupannya.11 Maka dapatlah kita menyatakan bahawa akhlak ini dapat berubah dan juga 7Muslim maksudnya adalah orang Islam. 8Kaid Qar’ush, Akhlak Fi al-Islam, Dar al-Manahej, Amman, Jordan, c. 5, 2007, h. 25. 9Saiyyidina Umar Bin al-Khattab adalah seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. Beliau juga adalah merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Saiyyidina Abu Bakar. 10Rijal Haula al-Rasul, Khalid Muhammad Khalid, terjemahan 133 Sejarah Wira-wira Terbilang Di Zaman Rasulullah SAW, Abu Mazaya al-Hafiz, Al-Hidayah Publishers, c. 2, 2006, Kuala Lumpur, h. 726. 11Abdul Salam Harun, Tahzib Sirah Ibnu Hisyam, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, (Beirut: Lubnan, t.t), 88-89. diubah kepada yang lebih baik dan terbaik.12 Dan sifat Saiyyidina Umar al-Khattab RA yang terbaik itu telah mendapat pujian Rasulullah SAW sendiri dan juga para sahabat.13 Di sini juga kita dapat membuat kesimpulan bahawa akhlak dapat diubah dengan pendidikan. Pendidikan adalah elemen utama bermulanya titik tolak perubahan akhlak yang akan berlaku. Pendidikan merupakan satu lonjakan, satu anjakan paradigma dan juga momentum yang kuat untuk merubah akhlak, dan pastinya akhlak dapat diubah melalui pendidikan. Ini sangat jelas dapat dilihat apabila Saiyyidina Umar RA menjadi manusia yang berilmu dan berpendidikan tinggi setelah berubah kepada amalan Islam.14 Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan manusia secara keseluruhannya. Pendidikan adalah satu-satunya elemen yang merupakan pemangkin kehidupan manusia samada dalam kehidupan yang berbentuk sosial ataupun material. Pendidikan juga adalah merupakan satu elemen yang terpenting sebagai pemangkin di dalam kehidupan individu seseorang manusia, sebagai pemangkin bangsa dan tamadun sesebuah bangsa, seterusnya pendidikan sebagai pemangkin agama. Ini adalah kerana pendidikan merupakan dasar utama dalam pembinaan duniawi, ukhrawi, rohani dan jasmani manusia.15 Pendidikan juga adalah merupakan tunjang kepada kekuatan dan kemajuan sesuatu bangsa dan negara.16 Pada zaman kebangkitan Islam dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan rata-rata para sarjana Islam, ilmu tidak berasa cukup dengan hanya satu cabang ilmu sahaja malahan sebaliknya. Mereka sedaya mungkin cuba menguasai kebanyakan bidang ilmu yang ada pada waktu itu, dan kecenderungan ini boleh dikatakan sebagai hasil daripada dasar dan pandangan Islam sendiri terhadap ilmu. 12Khalid Muhammad Khalid, Men Around the Messenger (Islamic Book Trust, Kuala Lumpur, c. 2, 2006), 10. 13 Rijal Wa Nisa’ Haula al-Rasul, Saad Yusuf Abu Aziz, Tahqiq Syeikh Hasan Ayub, Dar al-Fajr al-Turath, Kaherah, Mesir, c. 2, 2004, h. 32-33. 14 Abu Abdullah Mustafa al-Adawi, al-Sahih Min Sirah al-Faruk Umar al-Khattab, Dar al-Iman, Iskandariah, c. 1, 2003, h. 26. 15 Abdul Halim Hj. Mat Diah, Islam Dan Demokrasi Pendidikan, (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1989), 27. 16 Hasbullah Bin Mat Daud, “Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-Guru j-QAF: Kajian Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), (Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012), 3. Sejarah ilmu dan pendidikan Islam yang telah melalui masa lebih 1400 tahun lebih itu menunjukkan bahawa umat Islam dapat mencapai zaman kegemilangan jika mereka mengikuti metode al-Quran al-Karim.17 DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM Sebagaimana diketahui bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang suci dan penting sekali dan ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajipan. Dalam pandangan Islam mencari ilmu dan mengajarkannya adalah suatu kewajipan yang sangat mulia, oleh itu mencari ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim. Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk menuntut ilmu melalui sabda Rasulullah SAW: ة مَِلس مُ وَ م ِلس مُ لِّ كُ ىَلعَ ٌةضَ يرَِف مِ لعِ لا بُ َلَط Ertinya : ”Menuntut ilmu itu adalah kewajiban atas setiap orang Islam, baik lelaki mahupun perempuan”.18 PENGERTIAN PENDIDIKAN DARIPADA SUDUT BAHASA Pendidikan di dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan “tarbiah”. Mengikut Kamus Dewan perkataan “tarbiah” ini memberikan maksud sebagai pendidikan, pengasuhan, mengasuh dan juga mendidik.19 Mengikut Haji Zainal Abidin Safarwan, beliau memberikan maksud pendidikan ini dengan erti pengasuhan, tarbiah dan juga pemeliharaan. Beliau juga meletakan erti pendidikan ini dengan erti yang agak luas sebagai latihan, ajaran, jagaan, asuhan dan juga pelajaran.20 Perkataan pendidikan apabila disandarkan kepada Islam adalah merupakan dua kalimah yang digabungkan untuk membentuk maksud subjek yang menjadi alat untuk mendidik manusia 17 Hasan Langgulung, Asas-Asas Pendidikan Islam, cet. 11, (Jakarta, Indonesia, Pustaka al-Husna, 1988), 29. 18 Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, h. 220. 19 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka,( Kuala Lumpur, 2005), edisi keempat, 1609. 20 Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Haji Zainal Abidin Safarwan, c. 1, (Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1995), 438.

Description:
terbaik. Akhlak juga akhirnya merupakan asas kejayaan pembinaan masyarakat Islam. R.K Afridi, Arif Ali Khan, Educational Philosophy Of Islam, c.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.