ebook img

aliran kritik hadith semasa PDF

443 Pages·2017·2.79 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview aliran kritik hadith semasa

ALIRAN KRITIK HADITH SEMASA: ANALISIS METODE KRITIK ABU ISHAQ AL-HUWAYNI, MAHMUD SA‘ID MAMDUH DAN HAMZAH AL-MALYABARI UMAR MUHAMMAD NOOR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 ALIRAN KRITIK HADITH SEMASA: ANALISIS METODE KRITIK ABU ISHAQ AL-HUWAYNI, MAHMUD SA‘ID MAMDUH DAN HAMZAH AL- MALYABARI UMAR MUHAMMAD NOOR TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 ALIRAN KRITIK HADITH SEMASA: ANALISIS METODE KRITIK ABU ISHAQ AL-HUWAYNI, MAHMUD SA‘ID MAMDUH DAN HAMZAH AL- MALYABARI ABSTRAK Kalangan Ahli Sunnah pada hari ini telah berpecah menjadi beberapa aliran. Tiga daripadanya selalu muncul dalam perdebatan tentang status kesahihan hadith iaitu aliran Sufi, Salafi dan Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn. Sebuah hadith yang dinilai sahih oleh salah satu aliran seringkali dinilai lemah oleh aliran yang lain, ataupun sebaliknya. Sebagai satu langkah untuk merapatkan barisan, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sebab- sebab perselisihan dalam kritik hadith tersebut dengan memfokuskan pengamatan kepada metode kritik Maḥmūd Sa‘īd Mamdūḥ daripada aliran Sufi, Abū Isḥāq al-Ḥuwaynī daripada aliran Salafi dan Ḥamzah al-Malyabārī daripada aliran Iḥyā’ Manhaj al- Mutaqaddimīn. Metodologi ketiga-tiga tokoh dirumuskan menerusi analisis induktif yang diaplikasi terhadap pelbagai ucapan dan praktik mereka dalam menetapkan status perawi, kesambungan sanad, analisis ‘illah dan naiktaraf hadith lemah. Kajian kualitatif dalam penyelidikan ini turut mengaplikasi metode analisis sejarah, analisis teks dan analisis perbandingan. Data primer dan sekunder diperolehi menerusi metode dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga tokoh bersepakat dalam kebanyakan prinsip dan kaedah utama dalam ilmu kritik hadith. Perbezaan metodologi di antara ketiga-tiga tokoh berpunca daripada perbezaan dalam merujuk sumber, perbezaan dalam penetapan kaedah dan perbezaan dalam menentukan sempadan ijtihad. Kajian turut mendapati bahawa metode kritik yang diamalkan oleh ketiga-tiga tokoh secara umumnya mewakili tiap-tiap aliran. Daripada aspek kekuatan, metode kritik hadith yang diaplikasi oleh tokoh aliran Sufi membuka peluang yang lebih besar dalam mensahihkan dan menghasankan hadith. Metode ini adalah kelanjutan daripada penerimaan metode fuqahā’ dalam kritik hadith dan sikap aliran Sufi yang selalu berusaha mempertahankan tradisi daripada kritikan. Metode kritik hadith tokoh Salafi lebih bersederhana (mu‘tadil) walaupun masih bercampur dengan metode kritik ahli fiqh (fuqahā’) yang tidak selari dengan konsep dan praktik ahli hadith. Metode kritik tokoh aliran Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn lebih menepati metode kritik ahli hadith kerana teliti membezakan antara metode ahli hadith daripada metode fuqahā’ serta selalu tunduk kepada ketetapan ahli hadith terdahulu. Selain menyediakan kajian analisis, penyelidikan ini turut menghasilkan tujuh kaedah berinteraksi dengan khilaf kritik hadith semasa untuk panduan penyelidik dan masyarakat awam. Dapatan ini diharapkan dapat menjelaskan salah satu akar perselisihan pendapat di antara aliran-aliran Sunni Semasa, sekaligus memartabatkan ilmu kritik hadith dalam konteks moden. CONTEMPORARY SCHOOLS OF HADITH CRITICISM: AN ANALYSIS OF ABU ISHAQ AL-HUWAYNI, MAHMUD SA‘ID MAMDUH AND HAMZAH AL- MALYABARI’S HADITH CRITICISM METHODOLOGY ABSTRACT Sunni Society nowadays has been divided into several schools of thoughts. Three of them namely Sufi, Salafi and Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn are actively involved in discussion on hadith critics. A hadith that is confirmed to be sound by one school often labelled by the other as weak or vice versa. Hence, as part of closing the gap, this study aims to examine the factors of disagreement in hadith criticism between these schools by focusing on methods applied by Abū Isḥāq al-Ḥuwaynī of Salafi, Maḥmūd Sa‘īd Mamdūḥ of Sufi and Ḥamzah al-Malyabārī of Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn, in rating hadith transmitters, evaluating the contiguity of transmission (isnād), analysing ‘illah (hidden defects), and corroborating weak hadiths. Primary and secondary data were obtained through documentation methods. Historical and textual analysis along with inductive and comparative methods are employed to examine and evaluate their opinions on hadith criticism. The study found that al-Ḥuwaynī, Mamdūḥ and al-Malyabārī agreed on most of the major principles in the hadith criticism. The disagreement however occurred due to differences in identifying authoritative sources, determining the border of ijtihād, and applying certain principles (qawā‘id). The critic methodology applied by each of the scholars generally represent the school he belongs to. Mamduh applied a lax method as a result of accepting fuqaha's concept of criticism and maintaining sufi’s defensive position in preserving traditions in front of Salafi aggression. Despite the influence of fuqahā’s concept, al-Ḥuwaynī’s criticism overall can be seen as moderate (mu’tadil). Al- Malyabārī’s criticism however is more in line with ahl al-hadith’s methodology as he carefully distinguished between methodology of ahl al-ḥadīth and fuqahā’, and always adhered to the opinions of early critics (al-nuqqād al-Mutaqaddimīn). In addition to comparative analysis, this study also introduced seven practical guides to dealing with disagreement in hadith evaluation for academic and public reference. In conclusion, these findings are expected to explain one of the most important roots of polemic between contemporary Sunni schools of thoughts, as well as to contribute to the development of the science of hadith criticism in modern context. PENGHARGAAN قَدَانصه لا ىَلعَ ُلِلّها ىهلصَ وَ ، محَلعحَعَ حََ انََ ََان سَ حنلَْحا مَهلعَ ، مََلقَحلبَِ مَهلعَ يذَهلا ، مَرَكحَلْحا رَ غََلْحا ، مَيظَ عَحلا ي َ َلعَحلا لِلَّهَ دُمحَلْح ا هَجَاو َزحَأوَ ، رَارَعحبَلْحا هََتيحَعب لَهحَأوَ ، رَانَيخح َلْحا يَحفََطصح مُحلا هََناوَ خح َإ ىَلعَوَ ، رَانَتخح مُحلا انَن َيَبَن دٍمهَمُُ ، يَ َبمُحلا قَطَانهنلا ، يَ َََلْحا : دعب انَأ ، يَ َعَْحَأ محهَيحَلعَ ُهُ تانكَرََعبوَ َلِلّها ُةَحْحرَوَ ، نَ َدَ لا مَوحَعَ لَََإ ََانسَ حح لَْحبَِ محهَيَعَبتََوَ ، يَ َنََؤحمُحلا تَ انهََهُأ Penulisan tesis ini adalah sebuah perjalanan panjang yang penuh dengan cabaran dan pengorbanan. Jika bukan kerana bantuan daripada pelbagai pihak, kajian ini tidak mungkin dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, selepas kalimat syukur kepada Allah, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua penyelia tesis, iaitu Prof. Dr. Fauzi Deraman dan Prof Madya Dr. Faisal Ahmad Shah. Keramahan dan keluhuran budi kedua- dua ulama ini membuat bebanan penulis menjadi ringan. Setiap kelebihan dalam tesis ini adalah kerana tunjuk ajar kedua-duanya. Sebaliknya, setiap kekurangan adalah berpunca daripada kelemahan dan kelalaian penulis. Kedua-dua tokoh tidak pernah leka mengingatkan dan menasihati. Penulis turut berhutang budi kepada guru-guru penulis di Indonesia, Syria dan Saudi yang telah melatih penulis dalam ilmu kritik hadith. Tanpa merendahkan guru-guru yang lain, setinggi penghargaan ditujukan kepada K.H. Muhammad Muhajirin al-Dari, K.H. ‘Ali Mustafa Ya’qub, Dr. Nūr al-Dīn ‘Itr, Dr. ‘Ajāj al-Khaṭīb, Syeikh Muhammad Na‘īm al-‘Ariqsūsī, dan Dr. Ṣāliḥ bin ‘Abd Allah al-‘Ubaid. Tidak lupa pula kepada seorang tokoh yang paling berjasa kepada penulis: al-Shaikh al-Muḥaddith al-Mujāhid Abū Salīm Riyāḍ bin Muhammad Salīm al-Khiraqī, semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada. Nasihat, kuliah dan tulisan tokoh-tokoh ini adalah sumber inspirasi penulis. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada para sahabat yang selalu memberikan bantuan dan sokongan kepada penulis selama di Malaysia. Mereka ialah Datuk Dr. Zahazan Mohamed, Fawwaz Fadzil, Nassrul Abdul Samad, Abdul Hakim Othman dan Nurhanisah Senin. Penulis berterima kasih kepada mereka atas perbincangan ilmu dan pinjaman buku-buku. Terakhir, syukur yang tak terkira penulis persembahkan untuk Allahyarham Baba dan Enyak (ayah dan ibu penulis) yang selalu mendoakan agar penulis mencapai kejayaan dalam belajar namun telah wafat sebelum menyaksikan sendiri kejayaan ini. Juga kepada isteri tercinta Siti Aisha Chik yang selalu memastikan penulis cukup makan dan minum serta mengingatkan penulis untuk mendapatkan rehat yang cukup sepanjang penyelidikan ini. Kata-kata motivasi dan sokongan beliau turut meneguhkan azam penulis di kala semangat tengah mengendur kerana pelbagai cabaran. Kepada anak-anak penulis: Anas, Hisyam dan Saeed, penulis berharap semoga suatu hari nanti kajian ini menyuntikkan semangat mereka untuk beristiqamah di jalan ilmu. Denai Alam, 6 Mac 2017 UMAR MUHAMMAD NOOR PANDUAN TRANSLITERASI 1.Konsonan No. Arab Roman 1 a, ’ ا , ء 2 b ب 3 c ت 4 th ث 5 j ج 6 ḥ ح 7 kh خ 8 d د 9 dh ذ 10 r ر 11 z ز

Description:
Ph.d. philosophy doctor (doktor falsafah) prof. Profesor. s.a.w. kalangan fuqahā', ahli hadith, ahli tafsir atau selain mereka.”137. Menentukan tarikh
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.