ebook img

aliran al-maturidi dan al-maturidiyyah PDF

16 Pages·2017·1.06 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview aliran al-maturidi dan al-maturidiyyah

ALIRAN AL-MATURIDI DAN AL-MATURIDIYYAH DALAM DUNIA ISLAM Oleh Wan Z. Kamaruddin bin Wan Ali* Abstract As the title indicates, the aim ofthis article is to discuss the estab lishment ofal-Maturidi and al-Maturidiyyah sect in the muslim world. Asfaras the topics are concerned, they will be in twoparts. Firstpart will deal with the background ofal-Maturidi and al- Maturidiyyah and their thoughts as compared to al-Asy'ari andal- Asya'irah, whereas the secondpart will stress on its development and impact to the muslimpeople in the muslim world. PENDAHULUAN Dalam bidang akidah dan pemikiran Islam, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mempunyai dua aliran (madhhab), yang masing-masing mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Aliran-aliran tersebut ialah al-Maturidi dan al-Maturidiyyah danjuga aliran al-Asy'ari dan al-Asya'irah. Kedua-duanya mempunyai kedudukan, kepentingan dan pengaruh yang besar kepada dunia Islam secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, tulisan ini secara khusus akan membincangkan aliran pemikiran al- Maturidi dan al-Maturidiyyah dengan tujuan untuk melihat perkembangan, pengaruh dan kesannya dalam dunia Islam. LATAR BELAKANG AL-MATURIDI Nama al-Maturidi yang sebenar ialah Abu MansurMuhammad bin Muhammad bin Mahmud, al-Maturidi, al-Ansari, al-Hanafi, al-Samarqandi. Beliau lahir di Maturit atau Maturid,1 sebuah kawasan yang berdekatan dengan Samarqand, salah *Pensyarah di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 'Al-Sam'ani, Kitab al-Ansab, Leiden, 1912M, h.498. 81 Jurnal Usuluddin sebuah kota yang terkenal di Asia Tengah.2 Selain itu, beliaujuga dihubungkan kepada al-Ansar (al-Ansari) kerana dikatakan beliau berketurunan daripada sahabat nabi, Abu Ayyub Khalid bin Zayd bin Kulayb al-Ansari.3 Berhubung dengan kaum keluarganya, tidak ada sebarang maklumat diperolehi mengenainya.4 Tarikh lahirnya tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi kemungkinan di sekitar pertengahan abad ke-3/9.5 Kemungkinan beliau dilahirkan pada tahun 238/852 berdasarkan perkiraan bahawa ketika gurunya, Muhammad bin Muqatil al-Razi wafat pada tahun 248/862, al-Maturidi berusia 10 tahun.6 Sekiranya benar, ini bererti beliau mempunyai usia yang panjang lebih kurang 95 tahun kerana beliau wafat pada tahun 333/944 di Samarqand.7 Jika berdasarkan kenyataan di atas, bererti al-Maturidi dilahirkan pada zaman pemerintahan Khalifah 'Abbasiyyah, al-Mutawakkil (232 - 247/847 - 861) yang sedang memerangi kepercayaan-kepercayaan Mu'tazilah dan mendokong aliran tradisi/ortodoks (Sunni). Beliau merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah dengan mempelajari fiqh dan kalam mazhab Hanafi di Samarqand yang pada masa tersebut sedang berkembang di kawasan-kawasan sebelah timur. Di antara guru-guru bermazhab al- Hanafi yang mengajarnya ialah Muhammad bin Muqatil al-Razi (m. 248/862), Abu Bakr Ahmad bin Ishaq al-Juzjani, Abu Nasr Ahmad b. al-'Abbas al-'Iyadi yang lebih dikenali al-Faqih al-Samarqandi dan Nusayr bin Yahya al-Balkhi (m. 268/881). Semuanya merupakan murid-murid Abu Hanifah (m. 150/767).8 2Ibn al-Athir, al-Lubabfi Tahdhib al-Ansab, Kaherah, 1369H, h.76; Ahmad Amin, Zuhral-Is- lam, Kaherah, 1955,1, h.365. 3A1-Sayyid al-Murtada al-Zabidi, Ithafal-Sadatal-Muttaqin bi-SyarhAsrarIhya' 'Ulum al- Din, Kaherah, 1893, II, h.5; al-Sam'ani, op.cti, h.498; al-Bayadi,Isyaratal-Maram min 'Ibarat al-Imam, Kaherah, 1949, h.23. 4A1-Maturidi, Kitab al-Tawhid, Beirut, 1970,h.2. 'Menurut W.M. Watt, kemungkinan beliau dilahirkan sekitar tahun 256/870. The Formative PeriodofIslamic Thought, Edinburgh, h.312. "Ayyub, A.K.M, "Maturidism", dim. (ed) M.M.Shariff, A History ofMuslim Philosophy, Wiesbaden, 1963,1, h.260. 7Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyahfi al-Siyasah wa al-'Aqa'id , Dar al-Fikr al-'Arabi, t.t, I, h.207. *Al-Bayadi, Isyaratal-Maram, h.23. 82 AliranAl-Maturidi& Al-MaturidiyyahDalamDunia Islam Di antara hasil-hasil karyanya adalah seperti berikut:9 1. Kitab Ta'wilat al-Qur'an @ Ta'wilatAhl al-Sunnah. 2. Kitab Ma'khadh al-Syari'ah. 3. Kitab al-Jadal. 4. Kitab al-Usul (Usul al-Din). 5. Kitab al-Maqalat. 6. Kitab al-Tawhid. 7. Kitab Bayan Wahm al-Mu'tazilah. 8. Kitab RaddAwa'il al-Adillah li al-Ka'bi. 9. Kitab Radd Tahdhib al-Jadal li al-Ka'bi. 10.Kitab Radd Wa'id al-Fussaq li al-Ka'bi. 11.Radd al-Usul al-Khamsah li Abi Muhammad al-Bahili. 12.Radd Kitab al-Imamah li ba'd al-Rawafid. 13.Kitab al-Radd 'ala al-Usul al-Qaramitah. Hasil-hasil karyanya yang masih selamat, di antara yang terkenal ialah: 1. Kitab Ta'wilat al-Qur'an @ Ta'wilat Ahl al-Sunnah @ juga Ta'wilat al- Maturidiyyahfi Bayan UsulAhl al-Sunnah wa Usul al-Tawhid. 2. Kitab al-Tawhid. 3. Beberapa buah risalah aqidahnya dalam bentuk manuskrip (makhtutat) seperti Risalahfi al-'Aqa'idU) dan Syarh al-Fiqh al-Akbar.n Bagaimanapun kepastian tidak dapat diberikan sama ada ia mengandungi pemikirannya sendiri ataupun para pengikutnya.12 Sebagai penghormatan kepadanya terhadap keilmuannya dalam bidang teologi dan juga sumbangannya untuk mempertahankan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, 9Ibn Qutlubugha, Tajal-Tarajumfi Tabaqatal-Hanafiyyah, Baghdad, 1962, h.59. 1()Iajuga dikenali sebagai Syarh al-lbanah wa al-'Aqidah al-Maturidiyyah. "Kedua-dua karya tersebut tidak dianggap karya al-Maturidi. (Lihat: Kitab al-Tawhid, h.7) I2W.M. Watt, The Formative Period, h.312. 83 Jurnal Usuluddin sahabat dan orang ramai menggelarkannya sebagai 'Ilm al-Huda," Imam al-Huda dan Imam al-Mutakallimin.14 PEMIKIRAN DAN PERBEZAAN DENGAN AL-ASY'ARI Oleh kerana al-Maturidi merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah, banyak pemikiran teologinya mempunyai persamaan dengan Abu Hanifah.15 Sistem pemikiran teologi yang dihasilkan oleh al-Maturidi adalah termasuk dalam Ahl al- Sunnah wa al-Jama'ah, dan ia dikenali sebagai mazhab 'Urn al-kalam (Usul al-Din) al-Maturidi.16 Kedua-dua al-Maturidi dan al-Asy'ari memfokuskan perhatian dan pemikiran mereka untuk menentang pemikiran Mu'tazilah. Al-Maturidi menghadapi Mu'tazilah di Samarqand, Asia Tengah manakala al-Asy'ari menghadapi Mu'tazilah di Iraq. Menurut kebanyakan ulama termasuk Abu Zuhrah, pemikiran al-Maturidi lebih hampir kepada pemikiran Mu'tazilah berbanding dengan pemikiran al-Asy'ari. Berikut adalah di antara beberapa pemikiran al-Maturidi: 1) Mengetahui kewajiban wujudnya Allah (s.w.t) boleh diketahui dengan akal.17 2) Afal Allah: Setiap sesuatu mempunyai ciri kebaikan dan keburukan pada zatnya sendiri. Allah terhindar daripada perbuatan sia-sia. Perbuatan Allah mempunyai hikmah.18 3) Sifat Allah: Berhubung dengan sifat Allah - al-Maturidi menetapkan sifat tetapi tidak membezakannya daripada zat (Allah) itu sendiri.19 "Lihat: Al-Maturidi, op.cit, h.l; al-Sayyid al-Murtada al-Zabidi, Ithafal-Sadah, II, h.5. l4A.K.M.Ayyub, "Maturiclism" dim. op.cit, I, h.260. l5Lihat: Abu Hanifah, Syarh al-Fiqh al-Akbar, Hyderabad, 1321H,h.22. "'Harun Nasution, TeologiIslam, Yayasan Penerbit Universitas Indonesia, 1972, h.72. 17A1-Maturidi, Kitab al-Tawhid, h.3-4. "Ibid, h.215;h.lO8. "Ibid, h.44. 84 AliranAl-Maturidi&Al-MaturidiyyahDalamDuniaIslam 4) Ru'ya Allah: Berhubung dengan melihat Allah, al-Maturidi mengatakan boleh melihat Allah pada Hari Qiyamat.20 5) Af'al al-'Ibad: Berhubung dengan perbuatan manusia sama adaal-jabratau al-iktiyar, beliau mengatakan Allah pencipta segala- galanya termasuk perbuatan manusia. Balasan baik diperolehi dengan ikhtiar manusia, begitu juga yang buruk. 6) Murtakib al-Kabirah: Berhubung dengan pelaku dosa besar, al-Maturidi tidak memasukkan 'amal (perbuatan) sebagai sebahagian daripada Iman. Oleh itu, pelaku dosa besar tidak terkeluar daripada lingkungan iman. Pelaku dosa besar menurut al- Maturidi tidak kekal dalam neraka, walaupun mati tanpa bertaubat. 7) Mengenai al-Qur'an sama ada ghayr makhluq atau makhluq, al-Maturidi mengatakan Kalam Allah terdiri daripada makna yang berdiri dengan dhat-Nya. la merupakan sifat yang berhubung dengan dhat-Nya, qadim sama seperti dhat-Nya, tidak tersusun daripada hurufdan perkataan kerana hurufdan perkataan itu baru (jadid) dan setiap yang baru itu makhluq. 8) Ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur'an seperti menggambarkan Allah mempunyai muka dan tangan, al-Maturidi mentakwilkannya berdasarkan ayat-ayat muhkamah. Secara keseluruhannya, pemikiran al-Maturidi21 lebih hampir kepada pemikiran Mu'tazilah. Pada masa yang sama para ulama juga mengatakan ia merupakan penjelasan kepada pemikiran Abu Hanifah.22 LATAR BELAKANG AL-MATURIDIYYAH Al-Maturidiyyah adalah merujuk kepada sekumpulan pengikut yang menuruti pemikiran al-Maturidi. Kebanyakan ulama al-Maturidiyyah pula terdiri daripada para pengikut aliran fiqh al-Hanafiyyah. Ini kerana pada umumnya, aliran pemikiran al- 20Ibid, h.77. 2'Al-Maturidi memusuhi golongan sufi mistik (zuhud) kerana terpengaruh dengan Abu Hanifah yang bersikap demikian. (D.B.Macdonald, DevelopmentofMuslim Theology, Jurisprudence and Constitutional Theory, India, t.t, h.309.) 22Abu Zuhrah, Tarikh al-Madhahib, I, h.224. 85 Jurnal Usuluddin Maturidiyyah berkembang di kawasan aliran al-Hanafiyyah. Bagaimanapun, mereka tidaklah sekuat para pengikut aliran al-Asy'ariyyah.23 Di antara mereka ialah: 1. Abu al-Qasim Ishaq b. Muhammad @ al-Hakim al-Samarqandi (m.340/951). 2. Abu al-Yusr Muhammad al-Bazdawi (421-493/1030-1100).24 3. Abu Hafs 'Umar bin Muhammad al-Nasafi (460-537/1068-1143).25 4. Sa'd al-Din al-Taftazani (m.790/1388). 5. Kamal al-Din Ahmad al-Bayadi. 6. Abu al-Hasan 'AH bin Sa'id al-Rastagfani.26 7. Abu al-Laith al-Bukhara. HUBUNGAN AL-MATURIDIYYAH DENGAN AL-HANAFIYYAH Hubungan al-Maturidiyyah dengan al-Hanafiyyah bolehlah diumpamakan seperti hubungan al-Asy'ariyyah dengan al-Syafi'iyyah. la mempunyai kaitan dengan kedudukan pengasas aliran-aliran itu pada peringkat awal yang memilih mazhab- mazhab (fiqh) tertentu yang diketahui dan dipelajarinya. Seperti yang telah diketahui, oleh kerana perkembangan al-Hanafiyyah sedang pesat di kawasan Asia Tengah termasuk Samarqand, di mana al-Maturidi dibesarkan, keadaan tersebut tentunya akan meninggalkan pengaruh dan kesan yang sangat besar kepada pemikiran manusia yang mendiami kawasan tersebut. PEMIKIRAN AL-MATURIDIYYAH Bahan-bahan penulisan mengenai pemikiran al-Maturidi dan al-Maturidiyyah (para pengikutnya) tidak begitu banyakjika dibandingkan dengan aliran al-Asy'ari dan al-Asy'ariyyah. Kebanyakan teks al-Maturidiyyah yang awal menyebutkan 23Ahmad Amin, Zuhral-Islam, IV, h.95. 24Ibn Qutlubugha, Tajal-Tarajum, h.65-66. 25Ibid, h.47.'Aqidah al-Nasafi adalah kepunyaan mazhab al-Maturidi. Al-Maturidi merupakan pengikut Abu Hanifah, begitujuga al-Tahawi yang kedua-duanya lebih mirip cenderung kepada Mu'tazilah dan Murji'ah. (Lihat: D.B.Macdonald, op.cit, h.187.) 26Ibn Qutlubugha, Ibid, h.41. 86 Aliran Al-Maturidi & Al-Maturidiyyah Dalam Dunia Islam doktrin-doktrin ulama Samarqand mengatasi al-Maturidi sendiri. Ulama al- Asy'ariyyah pada peringkat awal tidak mencatatkan keterangan berhubung dengan al-Maturidi dan al-Maturidiyyah dalam kitab-kitab mereka. Al-Bazdawi mengetahui pemikiran al-Maturidi daripada datuknya yang merupakan salah seorang murid al-Maturidi. Murid al-Bazdawi yang terkenal ialah Najm al-Din Abu Hafs 'Umar bin Muhammad al-Nasafi.27 Al-Bazdawi, salah seorang pengikut al-Maturidi yang penting tidak selama-lamanya bersependapat dengan gurunya. Di antara kedua-dua tokoh aliran al-Maturidiyyah ini, terdapat perbezaan pendapat sehingga akhirnya aliran al-Maturidiyyah boleh dibahagikan kepada dua golongan: 1) Golongan Samarqand - para pengikut al-Maturidi. 2) Golongan Bukhara - para pengikut al-Bazdawi. Golongan Samarqand mempunyai pendapat yang lebih dekat dengan mazhab Mu'tazilah, manakala golongan Bukhara pula mempunyai pendapat yang lebih dekat dengan mazhab al-Asy'ari.28 Aliran al-Maturidiyyah umumnya adalah teologi yang banyak dianuti oleh umat Islam yang berpegang kepada mazhab Hanafi. Bahkan dikatakan bahawa al-Maturidiyyah mengikuti doktrin Abu Hanifah tanpa batasan dalam dasar agama dan syariah (dar al-usul al-din wafuru'i syari'at). HUBUNGAN AL-MATURIDIYYAH DAN AL-ASY'ARIYYAH Dalam kitab Miftah al-Sa'adahrL) oleh Tasy Koprazadeh (m.967/1560) dikatakan bahawa tokoh terulung 'ilm al-kalam di kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terdiri daripada dua orang, seorang bermazhab Hanafi dan seorang lagi bermazhab Syafi'i yang merujuk kepada al-Maturidi dan al-Asy'ari. Kitab Syarh al-'Aqa'id al-Nasafiyyah turut menjelaskan bahawa:" diketahui umum Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di kawasan Khurasan, 'Iraq, Syam dan kawasan-kawasan lain terdiri daripada golongan al-Asya'irah manakala di kawasan Ma Wara al-Nahrpula terdiri daripada golongan al-Maturidiyyah. "™ Al-Zabidi 27Harun Nasution, TeologiIslam, h.74. 2*Ibid;h.74. 29Tasy Koprazadeh, Miftah al-Sa'adat wa Misbah al-Siyadah, Hyderabad, 1329H, II, h.21-22. "'Al-Taftazani, Syarh al-'Aqa'idal-Nasafiyyah, Kaherah, 1326H, h.17. 87 Jurnal Usuluddin mengatakan secara mutlak, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dimaksudkan kepada al- Asy'ariyyah dan al-Maturidiyyah.3' Idea untuk penyamaan taraf di antara al-Maturidi dan al-Asy'ari serta al- Maturidiyyah dan al-Asy'ariyyah terdapat dalam kitab al-Rawdat al-Bahiyyahfi-ma bayn al-Asya'irah wa al-Maturidiyyah yang ditulis oleh Abu 'Udhbah pada tahun 1125/1713, hampir empat abad selepas al-Subki menghasilkan puisi Nuniyyah yang mengandungi usaha-usaha penyatupaduan di antara mazhab al-Asy'ariyyah dengan al-Maturidiyyah. Menurut Watt, kitab al-Rawdat al-Bahiyyah dikatakan diciplak daripada tafsiran Nur al-Din al-Syirazi mengenai puisi Nuniyyah Taj al-Din al-Subki (m.771/1370). Puisi Nuniyyah menceritakan ciri-ciri perbezaan antara al-Asy'ari dan "Abu Hanifah" seperti yang ditafsirkan oleh al-Maturidiyyah. Al-Subki mendapati 13 ciri perbezaan di antara kedua-duanya, tujuh (7) perkara berbeza dari segi lafziyyah manakala yang bakinya dari segi ma'nawiyyah. Menurut al-Subki lagi, ia tidak mungkin menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir di antara satu sama lain.32 Puisi Nuniyyah al-Subki dihafal oleh ramai orang terutama oleh golongan al-Hanafiyyah - al-Maturidiyyah. Tafsiran mengenainya ditulis oleh Nur al- Din Muhammad bin Abi al-Tayyib al-Syirazi, ulama al-Syafi'iyyah yang datang dari Gilan ke Damsyik pada tahun 757/1356. Beliau menghadiri pengajaran al-Subki33 dan di atas permintaannya, tafsiran tersebut dihasilkan oleh al-Syirazi.34 Pandangan al-Subki yang mengatakan teologi al-Asy'ariyyah dan al- Maturidiyyah telah diterimapakai oleh golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah untuk menghapuskan permusuhan yang terjadi berabad-abad lamanya di antara al- Asy'ariyyah - al-Syafi'iyyah dengan al-Maturidiyyah - al-Hanafiyyah.35 Kecenderungan untuk mengutamakan al-Maturidi daripada al-Asy'ari mungkin timbul kerana beliau lebih awal daripada al-Asy'ari mempertahankan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah daripada awal sehingga ke akhir hayatnya.36 Sebaliknya al-Asy'ari "Ithafal-Sadat, II, h.6. 32A1-Subki, Tabaqatal-Syafi'iyyah al-Kubra, t.p, 1907, II, h.261. "Ibid, II, h.262. 34W.M.Watt, The Formative Period, h.313. "W.Madelung,"77ie SpreadofMaturidism and the Turks" dim. op.cit, h.167. 36A1-Bayadi, hyaratal-Maram, h.23. AliranAl-Maturidi& Al-MaturidiyyahDalamDunia Islam hidup dalam persekitaran intelektual Mu'tazilah dan masih berada dalam bayangan Mu'tazilah selama hampir 40 tahun sebelum mengubahkan pendiriannya mempertahankan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.37 Dalam kebanyakan rujukan kepada karya-karya al-Maturidi menunjukkan bahawa pada abad ke-8/14 kelihatan al-Maturidi mulai diketahui umum. Alasan- alasan terjadi demikian adalah disebabkan: 1) Al-Maturidi tinggal dan berada di wilayah yang jauh dari pusat pemerintahan (Dunia Islam). Ulama Baghdad tidak berminat mengetahui peristiwa yang berlaku di Samarqand, walaupun sebelum tahun 390/1000, ulama teologi al- Maturidiyyah telah memasukkan kritikan mereka terhadap al-Asy'ariyyah dalam karya-karya mereka, mungkin disebabkan beberapa aliran al-Asy'ariyyah pada masa itu berada di tempat-tempat seperti di Nisyapur.38 2) Kemungkinan ulama mazhab al-Hanafi secara umumnya kurang memberikan perhatian kepada kajian heresiografi dan juga biografi tokoh-tokoh terulung dalam mazhab mereka berbanding dengan ulama al-Asy'ariyyah. Walaupun kurang diketahui, namun teologinya mencapai tahap tertinggi dan ia terus dikekalkan di kalangan golongan al-Hanafiyyah di wilayah-wilayah sebelah timur, walaupun mereka menamakan diri mereka sebagai para pengikut al-Maturidi.39 SIKAP AL-MATURIDIYYAH TERHADAP AL-ASY'ARIYYAH Pada peringkat awal, sikap al-Maturidiyyah terhadap al-Asy'ariyyah ataupun sebaliknya adalah berhubung rapat dengan keadaan dan suasana pemerintahan pada masa tersebut. Oleh kerana kedua-dua mazhab kalam al-Maturidiyyah dan al- Asy'ariyyah pada masa ini belum lagi disatukan dalam induknya Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, seringkali dapat dilihat keadaan ketegangan dan pergeseran yang agak ketara wujud akibat sikap taksub kepadafirqah (mazhab) masing-masing. Namun begitu, menerusi usaha-usaha pemerintahan Mamluk (Bahri) di Mesir khususnya, hubungan di antara kedua-duanya dapat disatukan setelah kesemua empat mazhab (fiqh) dan dua mazhab (kalam) diterima sebagai mazhab rasmi kerajaan. Pengiktirafan ini mengubahkan hubungan kedua-duanya. "Ibn 'Asakir, Tabyin Kadhib al-Muftarifi-tna Nusiba ila al-Imam AMal-Hasan al-Asy'arU Damsyiq, 1347H, h.19. 3*A1-Maturidi, Kitab al-Tawhid, h.10; W.Madelung, op.cit, h.l10-112. WW.M. Watt, The Formative Period, h.313. 89 Jurnal Usuluddin PERKEMBANGAN AL-MATURIDIYYAH DALAM DUNIA ISLAM PERINGKAT AWAL - ASIA TENGAH Golongan al-Hanafiyyah menjadi begitu penting di kawasan-kawasan tengah dunia Islam menerusi sokongan Saljuq, Mamluk dan'Uthmaniyyah. Kemungkinan pada abad ke-8/14 ataupun lebih awal dari itu, mereka cuba mencari tokoh terkemuka yang setaraf dengan al-Asy'ari.40 Doktrin Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (iaitu al-Maturidiyyah) diiktirafdalam negara-negara di sebelah Timur dan China di kalangan ulama fiqh Khurasan, Ma Wara al-Nahr (Transoxania), Ghaznah dan kawasan-kawasan Turki (Diyar al-Turk).41 Negara-negara di sebelah Timur dan China (Biladal-Syarq wa al-Sin) merujuk kepada kawasan-kawasan Qarakhaniyyah yang memberikan gelaran "Raja Timur dan China" (Malik al-Syarq wa al-Sin), manakala China bermaksud kawasan Khotan. Kawasan Khurasan pula merujuk kepada kawasan sebelah timur Khurasan. Khurasan yang terpengaruh dengan doktrin al-Maturidiyyah meliputi kawasan Merw dan Balkh. Nama-nama kawasan tersebut hanya sedikit sahaja berbeza dari segi istilah: Samarqand, Bukhara dan seluruh Ma Wara al-Nahr sehingga ke penghujung kota-kota sempadan Turki (Ha Aqsa Thughur al-Turk). Bagaimanapun, apa yang lebih penting bagi masa hadapan adalah hakikat bahawa doktrin al-Maturidiyyah telah diterimapakai oleh orang-orang Turki di seluruh kawasan taklukan mereka di Asia Tengah.42 Oleh kerana orang-orang Turki berada di bawah penguasaan dinasti Ghaznawi, kemungkinan mereka juga menyebelahi pengukuhan mazhab dan pengaruh al-Maturidiyyah di negara Ghaznah. Ini dibuktikan dengan sebilangan besar orang Turki sejak abad ke-5/11 merupakan para pengikut al-Hanafiyyah kerana para ulama al-Hanafiyyah berada hampir di seluruh kawasan Asia Tengah yang didominasi oleh Turki.43 Sebagai contoh dikatakan bahawa Abu 'Imran al-Samarqandi, pendakwah al-Hanafiyyah - al- Maturidiyyah dari aliran Samarqand telah mengislamkan kira-kira 50,000 orang bukan Islam, khususnya Turki. MIbid 4lLihat: Otto Loth,A Catalogue oftheArabic Manuscripts oftheIndia Office, London, 1877, h. 101 4:Contoh 'Aqidah al-Nasafi bercorak al-Maturidiyyah digunakan dengan meluas dalam madrasah-madrasah Turki. (Lihat: D.B. Macdonald, Development, h. 207 ""W.Madelung, "The SpreadofMaturidism and the Turks", dalamop.cit, h.119 90

Description:
Di antara guru-guru bermazhab al-. Hanafi yang . pengikut Abu Hanifah, begitu juga al-Tahawi yang kedua-duanya lebih mirip cenderung kepada.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.