NCTC2017 © Hakcipta IPG Kampus Tun Abdul Razak 2017 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan . Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Seminar NCTC 2017 Diterbit dan dicetak oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Jln. Datuk Mohd Musa 94300 Kota Samarahan Tel : 082-673800 Faks : 082-692784 Laman Web : www.ipgmktar.edu.my i NCTC2017 Kata Aluan Asalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Seminar Pendidikan NCTC 2017 ini diadakan di Dewan Sri Samarahan, IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan. Seminar ini menyasarkan pensyarah, pelajar dan pembentang pasca ijazah menyumbang kajian dan penyelidikan mereka dengan sumbangan sebanyak 37 kertas kerja telah diterima dan dimuatkan ke dalam buku prosiding ini. Jumlah kertas kerja dan pembentangan yang bakal dilakukan menjadikan seminar begitu bernilai dalam melestarikan kesinambungan pendidikan dalam menjana pendidikan berkualiti negara. Kami mengucapkan ribuan terima kasih ke atas panel penilai abstrak dan kertas kerja yang telah berkongsi tenaga dan kepakaran dalam menilai agar selari dengan tujuan dan tema seminar di samping memberi komen dan cadangan untuk penambahbaikan artikel yang diterbitkan. Kami selaku panel editor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang artikel dalam buku prosiding seminar ini. Penerbitan prosiding ini diharapkan dapat membantu dalam menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan berguna, bernilai dan terkini kepada semua pengamal-pengamal sektor pendidikan. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Seminar ini yang telah berjaya menganjurkan seminar ini dengan jayanya dan seterusnya memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu menerbitkan buku prosiding seminar ini. Kami bagi pihak editor juga ingin memohon kemaafan jika dalam proses penyuntingan yang telah kami lakukan terdapat fakta dan konsep yang telah berubah, namun hasrat kami ialah membaiki mutu kertas kerja yang dimuatkan dalam buku prosiding ini. Kami juga berharap seminar dan buku prosiding ini boleh dijadikan platform kepada para pasca ijazah, ahli akademik, penyelidik dan golongan profesional dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk berforum, berbincang dan menjadikannya sebagai jaringan untuk mencapai matlamat negara maju yang benar-benar fokus, berinovasi dan terjamin keberkesanannya. Sekian, wassalam. Editor ii NCTC2017 KANDUNGAN Bil Tajuk Kertas Pembentangan Pembentang 1 PELAKSANAAN KEMAHIRAN CHE ALEHA LADIN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) [email protected] DALAM KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) 2 PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN ZAHIAH BINTI HARIS BERFIKIR MELALUI PEMBACAAN [email protected] KATA-KATA HIKMAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 3 APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR MUSTAPHA KAMAL BIN AHMAD ARAS TINGGI (KBAT) DALAM HASSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [email protected] MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 4 KEBERKESANAN PROGRAM LEE LEH HONG PEMANTAPAN KEMAHIRAN [email protected] BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI SEKOLAH NUKLEUS ZON TENGAH 5 APLIKASI MODEL STEP DALAM MUNIRA MOHSIN MERANGSANG PEMIKIRAN KRITIS [email protected] DALAM KALANGAN SISWA GURU PENDIDIKAN JASMANI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 6 KONSEP MEREKA CIPTA TEMPLAT LING PIK KUONG SENI MOTIF TRADISIONAL [email protected] SARAWAK (SMTS)DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21 7 UNCOVERING THINKING CULTURE JEYA VELU AMONG PRE-SERVICE TEACHERS [email protected] 8 CREATIVITY AS DEFINED AND LINA LEE GAY WAH INTERPRETED BY PRESCHOOL [email protected] TEACHERS: BELIEFS ABOUT CREATIVITY AND INFLUENCE OF TEACHING PRACTICES 9 A JOURNEY OF THINKING IN VOON SHI CHENG ROUNDING OFF NUMBERS WITH CHRIS LING SING HUI THE SUPER ROUNDING HERO [email protected] iii NCTC2017 10 PERANAN GRAFIK DAN ANIMASI SHARIFAH FATIMAH BINTI WAN DALAM MEMBENTUK KEMAHIRAN JAMEL BERFIKIR PELAJAR 11 PENGETAHUAN TEKNOLOGI JOSHUA CASELEY ANAK AKUN PEDAGOGI DALAM KALANGAN [email protected] GURU SAINS SEKOLAH MENENGAH 12 PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN NORITA BINTI ABDUL AZIZ TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM [email protected] PEMBELAJARAN PELAJAR DI POLITEKNIK 13 APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR NORLELA BINTI ALI ARAS TINGGI (KBAT) DALAM [email protected] KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 14 USING REFLECTIVE WRITING TO TAN LEAN HUA ENHANCE STUDENTS TEACHERS’ [email protected] LEVEL OF REFLECTION TOWARDS TEACHING SKILL 15 IMPROVING COMMUNICATIVE CHOK SZE JIN SKILLS AMONG RURAL SCHOOL [email protected] STUDENTS THROUGH PROJECT BASED LEARNING 16 CREATIVE THINKING IN MUSICAL TOH LAI CHEE COMPOSITION USING 21ST [email protected] CENTURY LEARNING APPROACHES: THE MULTIPLE INTELLIGENCE WAY 17 “JEZHENG” – SELF- TUNED STRING LING CHING ROU INSTRUMENT FOR THE [email protected] DEVELOPMENT OF THINKING SKILLS 18 THINKING THROUGH THE CHAN LING FANG LATTICES: AN INNOVATIVE IDEA LEE CHIN LIAN IN CONVERTING IMPROPER [email protected] FRACTIONS TO MIXED NUMBERS 19 THINKING CRITICALLY IN THE TEH CHIEW LAN FLIPPED CLASSROOM [email protected] iv NCTC2017 20 PEMBENTUKAN SAHSIAH SHAHIDAN BIN SHAFIE BERKUALITI MELALUI [email protected] PENGHAYATAN KURIKULUM PENGAJIAN ISLAM: SATU KAJIAN KORELASI DI POLITEKNIK 21 MENINGKATKAN KEMAHIRAN NOEL JIMBAI ANAK BALANG MENULIS KARANGAN BAHAGIAN [email protected] (B) SPM MENGGUNAKAN TEKNIK JARI+M 22 KEBOLEHPERCAYAAN UJI-ULANG- LOH SIEW LEE UJI SISTEM PEMARKAHAN RALAT KESEIMBANGAN DALAM GURU PELATIH 23 PENERAPAN KEMAHIRAN NORAINI BINTI OMAR BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM [email protected] PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH (KSSR) 24 APLIKASI MODEL PRINSIP SARA BINTI BEDEN PERANCANGAN SEBAGAI [email protected] STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DALAM SASTERA TRADISIONAL 25 M-PEMBELAJARAN DALAM YAP CHIN HUAT PEDAGOGI ABAD 21 [email protected] 26 KEBERKESANAN PERMAINAN LISA YIP SHUKYE JARGO MEMBANTU MENGUASAI [email protected] ELEMAN ASAS SEJARAH 27 BENTUK KESUKARAN HASNALEE BIN TUBAH PEMBELAJARAN MEMBACA MURID [email protected] LINUS DI SEKOLAH RENDAH LONG JEKITAN, BARAM, SARAWAK 28 ALAT PENGURUSAN GRAFIK MOHD. NOR BIN NOH SEBAGAI ALTERNATIF AMALAN [email protected] PEMBELAJARAN DALAM KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 29 PRE-SERVICE TEACHERS’ SENSE IN NG LEE FONG INFINITY THINKING [email protected] v NCTC2017 30 THINKING INSIDE THE OPERATION TING SUK LING BOX: AN INNOVATIVE IDEA IN PETER CHIEN CHZE KONG OVERCOMING PUPILS’ [email protected] DIFFICULTIES IN MULTIPLYING NUMBERS 31 TEACHER EFFICACY FOR USING SUAH SEE LING HIGHER ORDER THINKING SKILLS [email protected] PEDAGOGY 32 KEPELBAGAIAN ARAS SOALAN RADNA WISMAWATI MUHIBAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS BINTI YAHYA SAWEK TINGGI BERDASARKAN [email protected] TAKSONOMI BLOOM 2001 33 AMALAN PELAKSANAAN KBAT MUSLIHA BINTI ISMAIL DALAM PENGAJARAN DAN [email protected] PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: KAJIAN KES GURU-GURU SABK 34 INCORPORATING HIGHER ORDER CHANDRA MOHAN VASUDEVA A/L THINKING SKILLS IN ENGLISH PANICKER LANGUAGE ACTIVITIES IN THE ESL [email protected] CLASSROOM .my MELOR MD. YUNUS [email protected] MOHAMED AMIN EMBI [email protected] 35 KEMAHIRAN VISUALISASI DALAM YAHYA BIN SEDIK KALANGAN SISWA PENDIDIK [email protected] (ELEKTIF SAINS) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 36 PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR NIK ZUL AZHAR BIN NIK HASSAN ARAS TINGGI DALAM [email protected] PELAKSANAANKERJA KURSUS DALAM KALANGAN SISWA PENDIDIK SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2015 37 PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN MAZLAN BIN JUNAIDI PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) DALAM [email protected] PENGAJARAN GURU-GURU SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH vi NCTC 2017 PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH SEMASA PRAKTIKUM DI SEKOLAH Che Aleha Ladin, Ph.D1 Munirah Abd Hamid, Ph.D2 Norhannan Ramli, Ph.D Rusminah Musliman Mohd Azhar Bahari, Ph.D Kamaruddin Ilias, Ph.D Ahmad Zohri Ishak, Ph.D Ramesh Rao a/l Ramainadu, Ph.D Teng Siew Ling, Ph.D Junaidah Abdul Shukur Samni Suraji [email protected] [email protected],my2 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa menjalani praktikum di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Sampel kajian ialah seramai sembilan orang guru pelatih semester tujuh PISMP dari tiga buah Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) iaitu IPGK Ilmu Khas, IPGK Pulau Pinang dan IPGK Tun Abdul Razak yang menjalani praktikum di sekolah. Sampel dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih memahami dan telah mengamalkan KBAT semasa praktikum. Amalan KBAT diaplikasikan melalui penggunaan multimedia yang menarik, teknik penyoalan yang pelbagai, pelaksanaan kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif, peranan guru pelatih sebagai fasilitator, penilaian rakan sebaya yang aktif dalam kalangan murid, pembelajaran autentik yang bersesuaian dan pembelajaran secara berkumpulan yang aktif. Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih mengamalkan KBAT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kajian ini mencadangkan supaya KBAT dapat dijadikan amalan pedagogi semua generasi pendidik termasuklah IPGM, pensyarah dan guru-guru sekolah demi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan generasi abad ke-21. Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) dan guru pelatih semester tujuh IPGM. Abstract The aim of this research was to identify the implementation of Higher Order Thinking skills (HOTs) during practicum by the trainee teachers of Teacher Education Institute. Qualitative approach with a case study design was used in this study. Purposive sampling was used to identify the trainee teachers. Nine Semester Seven of PISMP trainee teachers from three Centre of Excellence for Thinking Skills; and are in their practicum stint took part in this study. The three centres are IPGK Ilmu Khas, IPGK Pulau Pinang and IPGK Tun Abdul Razak. Semi structured interviews were carried out and the data was analysed thematically. The findings indicated that the trainee teachers understood and practiced HOTs. Application of HOTs can be seen through the use of attractive multimedia, variety of questioning technique, creative problem solving skills, role of trainee teachers as facilitator, active peer group valuation among the school children, appropriate authentic learning and active group learning. The findings showed that trainee teachers practised HOTs effectively during teaching and learning in their classroom. This study suggests that HOTs is made as a pedagogical practice of all generation of educators including Teacher Education Institute of Malaysia (IPGM), lecturers and school teachers in order to improve the quality and excellence of the 21st century generation. NCTC 2017 Keywords: Higher Order Thinking skills (HOTs), Centre of Excellence for Thinking Skills and Semester Seven Trainee Teachers. PENGENALAN Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1994 supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi dan kompeten. Peranan guru sebagai tunjang utama kepada pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah perlu menyediakan diri dengan pengetahuan tentang elemen KBAT seperti kurikulum, pedagogi, pentaksiran, kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina upaya dan sumber. Selain itu, teknik dan strategi penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dikendalikan dengan baik dan bermakna melalui penggunaan alat berfikir seperti Peta Minda, 6 Thinking Hats, Habits of Mind, CoRT, Pengurusan Grafik dan teknik penyoalan (Tee, Jailani, Baharom, Widad & Yee, (n.d.)). Alat-alat berfikir ini diperlukan untuk menjana KBAT dalam kalangan murid. Hal ini kerana KBAT berupaya meningkatkan mutu proses berfikir. Walau bagaimanapun, hasrat ini tidak akan tercapai sepenuhnya jika pelaksanaan aktiviti PdP dalam bilik darjah tidak berubah. Kemampuan, keyakinan dan kesediaan guru bagi melaksanakan sesuatu perubahan amat penting bagi mengupayakan PdP yang berkesan. Salah satu agenda utama yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa yang memberi penekanan terhadap domain kognitif. Domain ini menekankan kepada penghasilan modal insan yang mampu berfikir secara tersusun seterusnya berani menghadapi cabaran yang mendatang serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, amat penting KBAT diasimilasikan dalam kurikulum yang sedia ada. Tahap kesediaan guru dalam pengajaran yang berorientasikan KBAT masih tidak jelas walaupun banyak program berbentuk latihan dan aspek pengetahuan untuk pelaksanaan KBAT dijalankan. Menurut Rajendran (2001), kebanyakan guru tidak mengetahui cara atau kemahiran untuk mempertingkatkan daya pemikiran murid. Guru berpendapat PdP yang menerapkan KB dan menyediakan murid ke arah menghadapi peperiksaan adalah dua matlamat yang bercanggah. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Rajendran (2001) di Negeri Selangor juga mendapati guru kurang mengamalkan KBAT dan kurang dalam aspek pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap di kelas walaupun mereka telah diberi kursus berkenaan. Kajian PISA 2012 terhadap 10 sekolah di Malaysia juga turut menggambarkan penguasaan KBAT yang kurang memuaskan dalam kalangan murid. Murid dalam kajian ini didapati tidak dapat menjawab soalan yang berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Umpamanya soalan yang memerlukan mereka membuat penaakulan dan memberi penjelasan kepada sesuatu jawapan. Keadaan ini disebabkan pengajaran dan penyampaian guru masih berbentuk teknik hafalan berbanding dengan kemahiran yang lebih menggalakkan berfikir secara analisis dan sintesis sehingga murid kurang mampu untuk menjawab item KBAT. Selain itu, pentaksiran juga perlu diberi penekanan memandangkan ia merupakan salah satu elemen utama KBAT. Hasil kajian Caroline (2014) membuktikan bahawa kesediaan guru dalam menangani isu KBAT dalam proses PdP masih di tahap yang tidak memberangsangkan. Item pentaksiran yang disediakan oleh guru dalam kajian ini tidak memenuhi spesifikasi piawai semasa pra ujian kerana item hafalan diutamakan. Masalah yang dihadapi menggambarkan bahawa kemampuan, kefahaman, kemahiran dan kesediaan guru terhadap elemen KBAT masih tidak mencapai tahap yang diinginkan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh perbezaan pengalaman mengajar yang mempengaruhi efikasi guru (Looney, 2003). Menerusi kajian Looney, hubungan antara pengalaman dengan efikasi guru wujud secara signifikan. Hal ini disokong oleh dapatan Tschannen dan Woolfolk (2001) yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan di antara efikasi guru novis dan guru berpengalaman. Berdasarkan masalah yang dihadapi, kajian terhadap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pelatih IPG semasa praktikum di tiga PKKB perlu dijalankan. Ini kerana NCTC 2017 amalan KBAT mempengaruhi perancangan, strategi, penggunaan bahan bantu mengajar, pentaksiran dalam pengajaran bagi menggalakkan pemikiran interaktif dan kritikal serta meta kognitif murid. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memahami pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pelatih semester tujuh semasa menjalani praktikum di tiga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) Institut Pendidikan Guru Malaysia. SOALAN KAJIAN Bagaimanakah pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pelatih semester tujuh semasa menjalani praktikum di sekolah? METODOLOGI Kajian ini adalah satu kajian kes kualitatif (Merriam, 2009; Yin, 2003). Kajian kes merupakan eksplorasi ke atas satu sistem yang mempunyai satu batasan atau kes atau beberapa kes yang diselidik dalam satu jangka masa yang agak panjang bukan sahaja melibatkan pengumpulan data secara terperinci dan mendalam tetapi juga diperoleh dari sumber yang berbeza-beza (Creswell, 2007). Kajian kes dipilih bagi membolehkan kajian dijalankan secara mendalam dan menyeluruh (Merriam, 2009). Seramai 9 orang peserta kajian terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada guru pelatih semester 7 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang telah menjalani praktikum. Pemilihan jumlah peserta kajian dianggap memadai dalam sesuatu kajian kualitatif yang mementingkan kedalaman data yang ingin dikutip. Ini kerana dalam penyelidikan yang bersifat kualitatif, penentuan bilangan informan kajian atau peserta kajian tidak menjadi persoalan yang penting (Fraenkel, Wallen, & Hyun, 2012; Gay, 1996). Data dalam kajian ini dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo versi 11. Persembahan data akan menggunakan pseudonym bagi menggantikan nama sebenar peserta kajian. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian dibentangkan berdasarkan amalan KBAT guru pelatih dalam PdP semasa mereka menjalani praktikum. Terdapat tujuh tema yang ditemui dalam kajian ini iaitu: Penggunaan multimedia yang menarik Semua guru pelatih didapati menggunakan multimedia yang menarik semasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka menggunakan teknologi maklumat yang terkini dan bersesuaian dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Perkara ini dapat dilihat melalui pernyataan salah seorang guru pelatih seperti berikut: ICT memang ada. Ini menjadi satu perkara yang wajib dalam PdP saya dan saya memastikan setiap PdP mesti ada unsur ICT. Ianya memang bagus kerana murid diberi peluang untuk buat banyak latihan dan kuiz serta permainan. Ini menjadi satu pengetahuan yang bagus kepada murid, mereka lebih tahu bagaimana hendak menggunakan laptop, komputer. (R8) Guru pelatih menyatakan murid mereka lebih tertarik kepada bahan-bahan pengajaran yang bersifat teknologi. Penggunaan teknologi juga didapati mampu memaksimumkan deria pendengaran dan penglihatan murid. Antara contoh bahan multimedia yang digunakan oleh guru pelatih semasa praktikum adalah interactive board seperti yang dinyatakan oleh R5. Menurut beliau, papan interaktif sangat berkesan kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk paparan slaid sebaliknya dapat memberi pengalaman dan memudahkan murid menulis maklumat yang diperlukan dalam peta pemikiran yang digunakan seperti peta bulatan. Dapatan kajian ini bertepatan dengan amalan pedagogi abad ke-21 kerana penggunaan multimedia yang terkini, menarik dan bersesuaian dapat menarik minat murid.
Description: