I S U - I S U D A K W A H S E M A S A I S U - I S U D A K W A H S E M A S A KANDUNGAN KATA PENGANTAR i UCAPTAMA iii 1 Manhaj Dakwah Oleh Syeikh Sa`id Hawwa Dalam 1 Pembangunan Rabbani: Satu Sorotan Ringkas 2 Pemikiran Dakwah Dalam Tafsir Muhammad Asad 17 3 Memahami Pembesar Berdasarkan Surat-Surat Nabi S.A.W 27 Kepada Pembesar Negara 4 Syekh Muhammad Arsyad Thalib Lubis: Ketokohannya 53 Dalam Dakwah Di Medan Sumatera Utara 5 Program Pembangunan Dakwah Bukan Pemerintah Dan 71 Pemerintah Di Aceh 6 Agama Sebagai Terapi Salah Laku Seksual Dalam Kalangan 93 Masyarakat Muslim: Analisis Menurut Perspektif Islam 7 Sikap Dan Kecekapan Budaya Para Pendakwah Terhadap 115 Golongan Transgender 8 Ipt Islam Dan Pengguna Berhemah : Satu Analisa 129 9 Paradigma Motivasi Pembangunan Remaja Dari Perspektif 149 Islam 10 Konsep Dakwah Melalui Politik Dalam Islam : Satu Sorotan 167 11 Kefungsian Keluarga Dan Konsep Kendiri Remaja Di Pusat 193 Pemulihan 12 Penerimaan Program Dakwah Dalam Kalangan Orang 205 Pekak Di Terengganu 13 Peranan Perubatan Islam Di Malaysia Sebagai Medium 227 Dakwah Kepada Masyarakat 14 Isu Pelaksanaan Kawalan Penjualan Arak Di Negeri 245 Kelantan: Hubungkait Dengan Metode Dakwah Kepada Orang Bukan Islam 15 Majalah Kaum Tua Dan Kaum Muda Di Malaysia: 261 Perbincangan Mengenai Pendekatan Dakwah 16 Masalah Pengurusan Aktiviti Dakwah Di Masjid Daerah 289 Kerian Perak: Satu Kajian 17 Metodologi Dakwah Kepada Golongan Profesional 307 Melayu: Kajian Di Pahang 18 Pendekatan Dakwah Menerusi Nilai Amanah Dan Amal 333 Jama’i Dalam Kemahiran Kepimpinan: Model Kemahiran Insaniah Kementerian Pengajian Tinggi (2006) 19 Pendekatan Dakwah Profesional Ustaz: Satu Analisis 345 367 20 Pendekatan Media Dakwah Dalam Pendidikan Kanak- Kanak 21 Pendekatan Nasihat Yang Baik Dalam Pengajaran Dan 385 Pembelajaran Awal Kanak-Kanak Di Pasti Ummu Aiman Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Berkualiti 22 Habiburrahman El-Shirazy: Dari Pesantren Ke Sinetron 405 23 Pemerkasaan Dakwah Melalui Drama Melayu Di Malaysia 423 24 Pemerkasan Jama’ah Melalui Sistem Usrah : Sorotan 441 Terhadap Penubuhan Pertubuhan Ikram Malaysia 25 Dakwah Siber: Etika Dan Akhlak 455 26 Dakwah Melalui Muzik Edutainment: Tumpuan Terhadap 473 Nasyid Di Malaysia 27 Dakwah Terhadap Bukan Muslim Di Malaysia : Realiti Dan 487 Cabaran 28 Komik Sebagai Medium Dakwah: Penerapan Nilai-Nilai 503 Islam Dalam Komik Aku Budak Minang 29 Da’wah Of Chastity And Modesty Observance And Its 517 Impacts In The Human Spiritual Development In Quran And The New Testament: A Comparative Study 30 Pious Way To Development: Pertubuhan Jamaah Islah 531 Malaysia (Jim) And Ihsani Social Capital 31 Analyzing The Application And Practice Of The Principles 563 Of Da‘Wah In The Age Of Globalization 32 Shariah Legal System And Da’wah Influence On Muslim 609 Female Students In Northern Nigerian Higher Educational Institutions 33 Halal Food Dilemmas: Case Of Muslims In British 629 Columbia, Canada K P ATA ENGANTAR erkembangan masa kini menunjukkan bahawa para ilmuwan dari P pelbagai aliran dakwah dan pemikiran sedang bergerak dengan dakwah masing-masing berasaskan pemikiran dan metode yang pelbagai, demi untuk mencapai matlamat ke arah mengajak manusia dengan pelbagai keupayaan dan kekuatan. Dalam konteks ini, Islam secara pasti menyatakan bahawa dakwah adalah satu kemestian di atas sifatnya sebagai satu jalan utama untuk mengajak dan membimbing manusia dengan segala nilai kebaikan yang memberikan manfaat, di tambah lagi Islam adalah agama samawi. Justeru, dakwah adalah satu kemestian berasaskan kepada perlunya kepada satu proses pengembangan seluruh ilmu dakwah, termasuklah metodologi dan sebagainya, ditambah lagi betapa tugas dakwah adalah satu tugas yang wajib syarie. Dalam konteks masa kini, terdapat perkembangan terhadap ilmu dakwah dan juga ilmu kemanusiaan dan dalam masa yang sama berlaku perkembangan dalam konteks metodologi penyelidikan, maka dalam situasi tersebut, Universiti Malaya menyedari bahawa terdapat keterikatan yang kuat di antara pengkhususan agama dengan pengkhususan ilmu praktikal yang pastinya akan menjadikan unsur-unsur keagamaan lebih berperanan dan memberikan input dalam konteks pembangunan kemanusiaan. Ianya lebih terserlah melalui penubuhan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan di Akademi Pengajian Islam, yang diharapkan akan dapat memberikan input atau sumbangan dalam kerangka memunculkan lebih banyak kerangka pengajian dan program secara praktikal dalam bidang-bidang yang berkaitan. Berpandukan kepada hal di atas, maka Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya setelah hampir 15 tahun kewujudannya, berhasrat untuk mendepani dalam langkah-langkah kemajuannya ke arah untuk merealisasikan pengembangan usaha dakwah Islam dan dengan tujuan untuk membangunkan program secara akademik melalui amalan penyelidikan, demi untuk mengangkat prestasi institusi dakwah termasuklah di pelbagai institusi pengajian seperti kolej dan universiti, bukan sahaja dalam konteks Malaysia bahkan dunia seluruhnya. i Lantaran itu, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan telah dilaksanakan pada 15 – 16 Mei 2013 sebagai satu usaha mencapai objektif utamanya iaitu; 1. Untuk mengembangkan kajian-kajian akademik dan dapatan kajian yang berkaitan dengan pengajian dakwah dan pengajian yang berkaitan dengan pembangunan Insan. 2. Untuk membuka ruang dan peluang kepada para penyelidik juga pakar- pakar dalam bidang dakwah dan pembangunan Insan bagi menambah ilmu pengetahuan dan cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan seminar yang diadakan. 3. Untuk mengenalkan dengan penemuan terkini yang berkaitan langsung dengan teknologi atau metodologi dakwah Islam semasa. 4. Untuk membantu dan mengembangkan pengalaman yang baru dan berjaya yang berkaitan dengan kajian dan kepakaran yang bermutu tinggi. 5. Untuk merangsang pakar-pakar dalam bidang dakwah dan pembangunan Insan dalam kerangka bertukar kepakaran yang dimiliki oleh mereka. Terdapat 74 kertas kerja telah dibentangkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan pelbagai isu yang berkait dengan isu-isu dakwah dan pembangunan insan. Semoga buku ini dapat memberi manfaat dalam memahami fenomena semasa yang berkait dengan bidang dakwah dan pembangunan Insan. Terima kasih DR NORRODZOH HJ SIREN Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2013 ii
Description: