Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC)? Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama- Agama (IFC)? Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ? Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama – Agama (IFC). Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai “Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?”, “Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi ?” dan “Apakah benar IFC tidak anti Islam” dan “apakah matlamat penubuhan IFC” tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain. Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama – agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism ) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS. Persoalan misteri Suruhanjaya Antara Agama – Agama Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah untuk apa Suruhanjaya Antara Agama – Agama (IFC) ditubuhkan sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia sejak 1957 ? rujuk artikel 1 dan artikel 2 Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan siapa dalang sebenar IFC ? Siapa Malik Imtiaz ? Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater di Universiti Malaya. Lina Joy (kiri) dan peguam pemerhati Bar Council, Malik Imtiaz Sarwar. Malik juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia. Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak Asasi Manusia, di Universiti Oxford. Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM) klik sini. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC). Klik di sini dan penggerak kumpulan Artikel 11. Klik di sini Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Klik sini Malik Imtiaz merupakan peguam ‘popular’ di Bar Council berkaitan dengan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad). Pada 2006, beliau menjadi peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya. Klik sini Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Klik sini Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, (klik sini ), peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul, Abdul Kahar Ahmad, (klik sini )dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Klik di sini Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Klik di sini Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council. Klik di sini dan di sini Malik Imtiaz dan IFC Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan pertikaian antara agama. Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC setelah dicadangkan penubuhannya oleh MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos 2001. Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama- agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan IFC. Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan IFC adalah Bar Council, Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS. Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik Imtiaz. Kronologi cadangan penubuhan IFC 1. Tahun 2000 – Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee – HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan “Forum on freedom of religion” pada December 2000. 2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah. 3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan ‘Festival of Rights’ dengan tema ‘Kebebasan Beragama’. 4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF. 5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama – Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul.Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut. 6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari 7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama – Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah. Bukti klik sini dan di sini. 8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari. 9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. klik di sini Maklumat lanjut, sila klik di sini dan di sini Siapa di belakang IFC ? Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN) Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan. Dari kiri Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia) Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai ? Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu. Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee). Klik di sini Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005. Kata Peter Schier, “Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam ‘aliran utama’, dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan” klik di sini MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects – Asia Pacific. Klik di sini. MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. Klik di sini MIN mendapat dana daripada “The Pluralisme Project, Havard University” Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation. Bukti klik di sini Siapa dalang sebenar IFC ? Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC. Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan ? Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan- pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam ? Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan – badan itu. Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong. Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor. Peter Schier, wakil KAF Malaysia (kiri), Kamaruddin Jaafar (tengah) dan Khalid Jaafar (kanan). KAF menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang. Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini. Klik di sini Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC). Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib. Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD. Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi ‘orang no 2’ dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya. Jadi siapakah dalang sebenar IFC ?. Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara. Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM. Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal. Bacaan lanjut klik artikel 1, artikel 2 ,artikel 3 dan artikel 4. AIDC 15 Oktober 2008 http://aidc-editor.blogspot.com [email protected] …………………………………………… Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6 .2005 bertajuk “INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative”. Kami Komited Dailog Antara Agama – Malik Imtiaz Oleh Malik Imtiaz Sarwar Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri. Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam. Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang
Description: