KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2010 KONSEP MIMPI MENURUT PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II SECARA (BERKURSUS DAN DISERTASI) JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2010 MOTTO Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan ; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Surah al-Baqarah (2): 208 ii ABSTRAK MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB : “Konsep Mimpi Menurut Perspektif Pemikiran Islam”. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia 2010. Penyelidikan ini adalah mengenai persoalan mimpi yang menjadi agenda perbincangan yang popular di kalangan masyarakat. Pengalaman lumrah bagi setiap umat manusia sejajar dengan kewujudan mereka di muka bumi. Disertasi ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah kefahaman dan kepercayaan masyarakat terhadap mimpi yang dialami. Selain dari itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk meneliti serta mengenal pasti setakat mana pengaruh mimpi dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai peringkat, status dan kedudukan sehingga menimbulkan rentetan polimik pemikiran terhadap masyarakat khususnya masyarakat Islam. Penulisan ini dibahagikan kepada empat bab utama yang dapat disimpulkan seperti berikut. Bab pertama merupakan sinopsis tajuk yang dibincangkan merangkumi pengenalan mimpi dan perkembangannya dalam pemikiran secara tradisi mahupun moden. Perbincangan ini penting kerana berkait rapat dengan konsep mimpi bersumberkan Islam yang dikaji. Bab kedua pula mengandungi perbahasan mengenai pengertian mimpi dari segi bahasa dan istilah, persamaan dan perbezaan menurut kaca mata sarjana dari pelbagai disiplin ilmu. Bab yang ketiga menghuraikan mimpi berdasarkan pandangan al-Qur’ān dan al- Sunnah dari pelbagai dimensi mencakupi perkaitan dengan alam ghaib, jenis-jenis, kaedah-kaedah, sangkutannya dengan hukum syarak melalui pandangan ulama pro / kontra, kesahan mimpi, kebolehpercayaannya, sebagai sumber wahyu, berita gembira atau pengalaman tidur yang biasa bagi manusia. Bab ini diakhiri dengan pentakwilan mimpi. Bab yang keempat dan terakhir memperkatakan tentang maklumat penting yang ditemui dalam kajian disertasi, cadangan dan harapan penulis disertasi mengenai mimpi kepada golongan khalayak khususnya umat Islam. Akhirnya dipaparkan kesimpulan tentang mimpi melalui lensa teropong Islam. iii ABSTRACT MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB ; Concept Of Dream According To The Perspective Of Islamic Thought. Dissertation Submitted to Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy Of Islamic Studies, University Of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia 2010. This research is to unveil the question of dream which is on the agenda of discussion and a popular issue among the public at large. It is a common experience to each and every human being throughout the world in accordance to their existence on earth. This dissertation aims to escertain the extent of peoples’ belief about dream they experienced. Apart from that, the research has the objective of viewing and identifying how far the influence of dream in the livelihood of the public at all level, the status and position which ultimately creating social polemic particularly the belief of Muslim community. The writing is divided into four main chapters which can be aim be simplified as follows. Chapter one is a synopsis of title in discussion including introduction to dream as well as its development traditionally and during this modern world. This discussion is vital as it is interrelated with the concept of dream through Islamic perspective which is under study. Chapter two consists of the debate on the meaning of dream according to linguistic and terminology, similarities and differences from the viewpoint of different schools of thought to every individual. Chapter three explains the issue of dream based on al-Qur’ān, al- Sunnah from all angle connected to mystical world, types of dream, method and its relations to Islamic law, conflicting views of scholars, validity and reliability as devine revelation sources, glad tidings or a matter of normal sleeping experience. This chapter is concluded with expositions of dream. Chapter four and the final part elaborated on the important information available during the research, suggestions and opinion pertaining to dream by the public especially the Muslims, the expectation of the writer and dream’s conclusion from Islamic point of view. iv ﺪﻴﻬﻤﺘﻟﺍ ﺮﺘﺴﺟ ﺎﻣ ﺔﻟﺎﺳﺭ ﺔﻴﻣﻼﺳﻷﺍ ﺓﺮﻜﻔﻟﺍ ﺓﺮﻈﻧ ﰱ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﺃﺪﺒﻣ , ﺐﻟﺎﻃ ﻦﺑ ﻦﻳﺪﻟﺍ ﻒﻴﺳ ﺪﻤﳏ ﺎﻳﺰﻴﻟﺎﻣ ,ﺭﻮﻔﳌ ﻻﺍﻮﻛ, ﺎﻳﻼﻣ ﺔﻌﻣﺎﺟ, ﺔﻴﻣﻼﺳﻷﺍ ﺕﺎﺳﺍﺭﺪﻟﺍ ﺎﻴﻣﺩﺎﻛﺍ , ﻦﻳﺪﻟﺍ ﻝﻮﺻﺃ ﺔﻴﻠﻛ ﻞﺧﺍﺩ ﰲ ﺓﺭﻮﻬﺸﳌﺍ ﺞﻣﺍﱪﻟﺍ ﻩﺬﻫ ﻞﻌﲡ ﱵﻟﺍ ﺔﻳﺅﺮﻟﺍ ﺔﻠﺌﺴﲟ ﻖﻠﻌﺘﻳ ﺎﻣ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺍﺬﻫ .ﻡ ۲۰۰۸ ﺔﻠﺌﺴﳌﺍ ﻩﺬﻫ . ﺽﺭﻷﺍ ﻩﺬﻫ ﻰﻠﻋ ﻢﻫﺩﻮﺟﻮﻟ ﺐﺳﺎﻨﺗ ﻥﺎﺴﻧﺍ ﻞﻜﻟ ﺔﻣﺯﻼﻟﺍ ﺓﱪﳋﺍ .ﻊﻤﺘﺍ ﱃﺍ ﻑﺪﻬﻳ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺍﺬﻫ ,ﻚﻟﺫﲑﻏﻭ. ﺎﻳﺅﺮﻟﺎﺑ ﻢﻫﺩﺎﻘﺘﻋﺍﻭ ﻊﻤﺘﺍ ﻢﻬﻓ ﻯﺪﻟ ﻙﺍﺭﺩﺍ ﱃﺍ ﻑﺪ ﻑﻼﺘﺧﺍ ﱃﺍ ﻯﺩﺆﺗ ﱵﻟﺍ ﺔﻔﻠﺘﺨﳌﺍ ﺎﻬﻴﺣﺍﻮﻧ ﻦﻣ ﻊﻤﺘﺍ ﺓﺎﻴﺣ ﰱ ﺎﻫﲑﺛ ﺄﺗ ﻯﺪﻣ ﺔﻓﺮﻌﻣﻭ ﻞﻣﺄﺗ ﺏﺍﻮﺑﺃ ﺔﻌﺑﺭﺃ ﱃﺍ ﻢﺴﻘﻨﻳ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺍﺬﻫ .ﻲﻣﻼﺳﻷﺍ ﻊﻤﺘﺍ ﺓﺮﻜﻓ ﰱ ﺎﺻﻮﺼﺧ ﻊﻤﺘﺍ ﺎﻳﺅﺭ ﻪﻴﻓ ﺚﺤﺒﻳ ﻱﺬﻟﺍ ﻉﻮﺿﻮﳌﺍ ﻦﻣ ﺎﺼﻠﳐ ﻥﻮﻜﻳ ﻝﻭﻷﺍ ﺏﺎﺒﻟﺍ .ﰐ ﻶﻟﺎﻛ ﺺﻠﲣ ﱴﻟﺍ ﺔﺴﻴﺋﺮﻟﺍ ﻪﻧﻷ ﻢﻬﻣ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺍﺬﻫ .ﺔﺜﻳﺪﳊﺍﻭ ﺔﻳﺪﻴﻠﻘﺘﻟﺍ ﻕﺮﻄﻟﺍ ﺮﻜﻓ ﰱ ﺎﻫﻮﳕﻭ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﺔﻣﺪﻘﻣ ﻼﻤﺘﺸﻣ ﻒﻳﺮﻌﺗ ﻦﻋ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﻯﻮﺘﳛ ﱏﺎﺜﻟﺍ ﺏﺎﺒﻟﺍ .ﺙﻮﺤﺒﳌﺍ ﻡﻼﺳﻷﺍ ﺎﻫﺭﺪﺼﻣ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﺃﺪﺒﳌﺎﺑ ﻖﻠﻌﺘﻳ ﻒﻠﺘﳐ ﻦﻣ ﺃﱪﳋﺍ ﺓﺮﻈﻧ ﰱ ﺕﺎﻔﻠﺘﺨﳌﺍﻭ ﺕﺍﻭﺎﺴﳌﺍ ,ﺕﺎﺣﻼﻄﺻﻷﺍﻭ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﺚﻴﺣ ﻦﻣ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﺔﻔﻠﺘﳐ ﺐﻧﺍﻮﺟ ﻦﻣ ﺔﻨﺴﻟﺍﻭ ﻥﺃﺮﻘﻟﺍ ﺮﻈﻧ ﻰﻠﻋ ﲎﺒﻣ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﻞﻴﻠﲢ ﺚﻟﺎﺜﻟﺍ ﺏﺎﺒﻟﺍ .ﻡﻮﻠﻌﻟﺍ ﻢﻈﻧ ﺄﻤﻠﻌﻟﺍ ﺃﺭﺃ ﱪﻋ ﻊﺋﺍﺮﺸﻟﺍ ﻡﺎﻜﺣﻷﺎﺑ ﺔﻘﻠﻌﺘﳌﺍ ﺎﻫﺪﻋﺍﻮﻗﻭ ﺎﻬﻋﺍﻮﻧﺍ ,ﺐﻴﻐﻟﺍ ﱂﺎﻌﻟﺎﺑ ﻞﻤﺘﺸﺗ ﺍﲑﺸﺑ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﺖﻧﺎﻛﻭ .ﻰﺣﻮﻟﺍ ﺭﺪﺼﻣ ﺎﺄﻛ ﺎﻬﺘﻘﺛﻭ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﻕﺪﺻ . ﲔﺿﺮﻌﳌﺍﻭ ﻦﻳﺪﻳﺆﳌﺍ ﻊﺑﺍﺮﻟﺍ ﺏﺎﺒﻟﺍ .ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﻞﻳﻭﺄﺘﻟﺎﺑ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺍﺬﻫ ﻢﺘﺘﺧﺍ . ﻥﺎﺴﻧﻻﺍ ﺓﺎﻴﳊ ﺓﺩﺎﻋ ﻡﻮﻨﻟﺍ ﺓﱪﺧﻭ ﺄﺟﺭﻭ ﺕﺎﺣﺍﺮﺘﻗﺍ ﻦﻣ ﺚﺤﺒﻟﺍ ﺔﺳﺍﺭﺩ ﰱ ﺪﺟﻮﺗ ﱴﻟﺍ ﺔﻣﺎﳍﺍ ﺕﺎﻣﻮﻠﻌﳌﺍ ﻦﻋ ﺙﺪﺤﺘﻳ ﺮﺧﻷﺍﻭ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﻦﻋ ﺔﺻﻼﺧ ﺽﺮﻌﺗ ﺍﲑﺧﺃﻭ .ﲔﻤﻠﺴﳌﺍ ﺔﻣﺍ ﺎﺻﻮﺼﺧ ﻊﻤﺘﺍ ﺪﻨﻋ ﺎﻳﺅﺮﻟﺍ ﻦﻋ ﺚﺣﺎﺒﻟﺍ .ﲔﻤﻠﺴﳌﺍﻭ ﻡﻼﺳﻻﺍ ﺓﺮﻈﻧ ﺔﻄﺳﺍﻮﺑ PENGHARGAAN (ﻢﯿﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲ ﻢﺴﺑ) Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, para sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang tercinta. Alhamdulillah lautan kesyukuran yang tidak terhingga dihamparkan ke pangkuan Ilahi kerana dengan taufik, hidayah dan inayah-Nya maka disertasi ini dapat juga diselesaikan walaupun terpaksa melalui proses perjalanan masa yang agak panjang. Namun penulis tetap sedar, tanpa kerjasama, bantuan dan gandingan semua pihak, tidak mungkin disertasi ini meniti ke penghujungnya. Menyedari hakikat itu, penulis mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi memberikan pelbagai dimensi sumbangan. Pertama sekali penghargaan khusus buat insan tersayang bergelar isteri, Rozaini binti Haji Osman yang tidak pernah jemu memberi sumbangsaran menitipkan semangat, dorongan dan sokongan kepada penulis sehingga berjaya menyiapkan disertasi ini. Sokonganmu menjadi sumber inspirasi. Doamu menyuntik barakah. Namun tidak pernah terlintas untuk menodai kepercayaan dan pengorbanan yang ternyata modal berharga. Segala teguran dan pandangan menjadi halwa telinga lalu mengolah kemantapan pemikiran penulis. Insya Allah kejayaan menjadi galang gantinya sebagai bukti keazaman diri penulis. Jasamu akan terpahat di ingatan selagi hayat dikandung badan. v Seterusnya sekalung terima kasih kepada penyelia disertasi ini, Yang Berbahagia Prof.Madya Dr.Wan Zailan Kamaruddin bin Ali yang telah banyak melapangkan masa memberikan buah fikiran ke arah pencetusan idea untuk membimbing penulis. Dorongan semangat dan cambahan minda dari pihak tuan menyuntik inspirasi kepada penulis untuk menamatkan penulisan disertasi ini. Tidak dilupakan ibunda tercinta yang tidak putus berdoa untuk kejayaan anaknya. Pengorbananmu sepanjang rentatan hidupku menjadikan daku seorang insan bergelar muallim meneruskan usaha murabbi. Memberikan peluang untuk menyebarkan ilmu membangkitkan nafsi untuk membentuk kelompok madani. Maaf sekiranya ada tanggung jawab anakanda terhadap bonda yang terabai sepanjang anakanda menjalankan disertasi ini lantaran kekangan masa yang mengikat. Kepada anak-anak tersayang, keprihatinan kalian terhadap impian ayahanda selama ini amat dihargai. Semoga menyuntik inspirasi di sisi kalian untuk menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Setinggi bintang di langit seluas langit terbentang. Pembesaran anakanda sekelian di depan mata ayahanda, mengajarku erti tanggungjawab betapa besarnya amanah dipikul. Kadang kala mengundang gusar tidak terpikul beban digalas. Namun harapanku pada kalian, moga menjadi insan cemerlang bertatah terbilang. Semoga usaha ayahanda nan sedikit ini menyuntik semangat di benak hati agar mengisi ilmu mentarbiahkan sahsiah. vi Akhir kalam penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu secara langsung dan tidak langsung. Terutamanya rakan-rakan seperjuangan, barisan penulis bahan ilmiah rujukan, pemudahcara dan semua pihak yang memberikan kerjasama sehingga merealisasikan penulisan disertasi ini dengan jayanya. Ikhlas dari penulis, MOHAMMAD SAIFUDDIN BIN TALIB 20 Jun 2008 No.96, Jalan 3/2, Taman Kristal, Fasa Dua, 16 Jamadil akhir 1429 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. vii JADUAL TRANSLITERASI Ejaan yang digunakan di dalam tesis ini berdasarkan sistem ejaan baru Bahasa Malaysia. Manakala perkataan-perkataan Arab dieja berdasarkan sistem transliterasi seperti berikut : Konsonen viii
Description: