Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN……………………………………………………………………………………1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?.................................................2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati…………………………………………………………………………………6 #2 Tahu Sebab Baca Al-‐Quran……………………………………………………………7 #3 Baca Dalam Solat………………………………………………………………………….8 #4 Mengulangi Ayat…………………………………………………………………………..9 #5 Menghafal……………………………………………………………………………………10 #6 Kaitkan Ayat Dalam Hidup……………………………………………………………11 #7 Baca Secara Tartil…………………………………………………………………………12 BONUS : 7 TANDA CAPAI DARJAT TADABBUR AL-‐QURAN………………….13 BENGKEL THOUGHT………………………………………………………………………….14 PENGENALAN Para sahabat, tabi’in dan ulama sering membaca Al-‐Quran dan melakukan qiyamul lail. Mereka tidak pernah meninggalkan bacaan Al-‐ Quran walaupun sehari. Prinsip mereka, baca Al-‐Quran itu mesti supaya dapat memperoleh ketetapan hati yang bersifat mutlak. Berbanding kita, mereka sangat mementingkan keperluan hati daripada keperluan fizikal. Mereka selalu rasa kekurangan jika keperluan hati tak dipenuhi. Umar bin al-‐Khattab meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa yang tertidur (sehingga tidak sempat membaca) satu hizb Al-‐Quran atau sebahagian dari itu, lalu ia membacanya di antara solat subuh dan solat zuhur, maka akan ditulis baginya pahala seakan-‐akan ia membacanya di malam hari.” Kita selalu bercakap mengenai kebahagiaan, ketenangan, kelapangan dan kejayaan dan sibuk mencarinya dalam buku. Banyak buku dihasilkan untuk memenuhi keperluan itu di mana teknik-‐teknik yang ditulis dalam buku dikatakan berhasil apabila dipraktikkan. Namun begitu, ianya salah apabila hanya ilmu daripada buku-‐buku sahaja yang diamalkan dan tidak mengutamakan Al-‐Quran. Seorang manusia yang hatinya tertarik dengan Quran, dia akan selalu yakin bahawa kunci kejayaan, keselamatan, kekayaan, kejayaan dan kekuatan datangnya dari Al-‐Quran. Kerana Al-‐Quran adalah tunggak apa-‐apa sahaja kebaikan yang kita mahu capai dan tangga mendapat kemenangan di dunia dan akhirat. APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN? Manusia memiliki pemahaman dan pengetahuan terhadap ayat Quran secara bertingkat-‐tingkat. Sama juga praktikalnya dalam kehidupan kita. Bermula dari tadika ke sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti. Boleh jadi kita berjaya faham tentang sesuatu ayat dan terpengaruh dengannya pada suatu masa. Namun pada waktu yang lain, apabila kita kembali pada ayat yang dipelajari sebelum ini sudah tidak faham. Lalu berkata, “Dulu aku tersentuh dengan ayat ini. Kenapa sekarang tak boleh faham? Mana fahamanku yang dulu?” Mengapa terjadi demikian? “Walaupun seorang hamba diberikan seribu pemahaman setiap huruf Al-‐Quran, maka ia tidak akan mencapai akhir apa yang Allah simpan dari setiap ayat dalam kitab-‐Nya. Al-‐Quran adalah perkataan Allah dan perkataan adalah sifat-‐Nya. Sebagaimana Allah tiada akhirnya, begitu juga dalam memahami perkataan-‐Nya. Firman Allah yang difahami oleh seseorang sesuai dengan apa yang Allah berikan petunjuk untuknya.” -‐ Sahl bin Abdillah at-‐Tusturi -‐ Kemampuan untuk fahami dan tadabbur Quran adalah anugerah Allah yang diberikan kepada orang yang bersungguh-‐sungguh dan sanggup menempuh jalan untuk memahaminya. Jika ada yang bersantai saja namun ingin memahami Quran, maka itu adalah impian yang mustahil. Kerana untuk kita faham Quran, kita perlu melalui proses ilmiah yang bertingkat dan berulang-‐ulang supaya dapat memetik hasilnya kemudian. Sepertimana kata Tsabit al-‐Banani, “Aku menyibukkan diri dengan Al-‐Quran selama 20 tahun, barulah aku menikmati hasilnya 20 tahun kemudian.” 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN AL-‐QURAN #1 PERBAIKI HATI Hati adalah alat untuk kita faham, fikir dan tahu tentang sesuatu perkara. Hati itu berada di tangan Allah. Dia yang Maha membolak-‐ balikkan hati sesuai dengan kehendak-‐Nya. Allah SWT mampu membuka dan menutup hati sesiapa sahaja yang Dia kehendaki pada bila-‐bila masa sekali pun. Bagaimana mahu perbaiki hati? Iaitu dengan memohon pada Allah supaya membukakan hati kita terhadap Al-‐Quran. Keterbukaan hati biasanya berlaku disebabkan oleh 2 perkara : + Sikap selalu tunduk dan selalu berdoa kepada-‐Nya. + Sentiasa memahami keagungan dan kepentingan Al-‐Quran serta mencari cara bagaimana umat terdahulu berinteraksi dengan Al-‐Quran. Hati yang mencintai Al-‐Quran akan menikmati bacaannya. Akan timbullah kesedaran dalam diri pembaca hingga tercapai pemahaman yang mendalam. Jika tiada rasa cinta, maka hati pun sukar menerima aL-‐ Quran. Hati terasa berat untuk tunduk padanya melainkan usaha yang sangat kuat. #2 TAHU SEBAB BACA AL-‐QURAN Kebanyakan kita sudah tahu nilai, manfaat, keagungan dan kepentingan membaca Al-‐Quran. Namun, apabila sudah tahu sukar pula mahu mengamalkannya. WHY” itu sangat penting yang menjadi asbab untuk kita bertindak. Tiada “WHY” yang kukuh, maka kita pun tak bertindak. Dalam menimbulkan keseronokan membaca Al-‐Quran, mulakan dengan niat dan selalu tanya pada diri kita sendiri soalan utama ini : mengapa kita perlu baca Quran? Jawapan dari soalan ini mesti jelas dan terperinci. Jika ditulis dan ditampal pada tempat yang kita selalu lihat, ini adalah lebih baik. Pastikan kita tahu 5 tujuan membaca Al-‐Quran iaitu : i) Mengetahuinya. ii) Mengamalkannya. iii) Berdialong dengan Allah. v) Mendapat pahala. vi) Memperoleh faedah atau kesembuhan. #3 BACA DALAM SOLAT Siapa yang diberi Al-‐Quran namun tidak membacanya dalam solat, dia diibaratkan seperti orang yang diberi harta lalu tidak menginfakkannya. Hal ini dikukuhkan dengan hadits Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda : “Pelajarilah Al-‐Quran, bacalah dan bacakanlah (pada orang lain). Kerana perumpamaan Al-‐Quran bagi orang yang mempelajarinya lalu membaca dan mengamalkannya bagaikan sebuah kantung berisi minyak wangi yang semerbak aromanya ke setiap tempat. Dan perumpaan orang yang mempelajarinya tapi ia melalaikannya padahal Al-‐Quran berada dalam hatinya, bagaikan kantung minyak wangi yang tertutup rapat.” Bacaan Al-‐Quran dengan solat itu dapat diumpamakan sebagai gabungan oksigen dan hidrogen yang menghasilkan air yang dapat menyihatkan badan. Mereka yang membaca ayat Al-‐quran dalam solat akan selalu aman dan tenang dalam apa keadaan sekalipun. #4 MENGULANGI AYAT Al-‐Quran itu diturunkan untuk kita amalkan. Untuk kita mudah mengamalkan, kita perlu tahu terlebih dahulu. Tahu adalah dengan membacanya. Semakin banyak kita membaca Al-‐Quran dan faham, semakin kuat makna Al-‐Quran tertanam dalam jiwa kita. Sebab itu para sahabat, tabi’in dan ulama sering konsisten membaca Quran. Mereka berusaha baca sebanyak mungkin dan sentiasa mengulang ayat. Formula yang kita boleh praktiskan untuk mengulang ayat Al-‐ Quran adalah dengan fokus dan bersungguh-‐sungguh. Tuliskan matlamat atau target ayat yang hendak diulang dan mesti dicapai pada setiap hari supaya kita mudah untuk menghafal. Jika kita tak mencapai target ayat ulangan harian, maka kita hendaklah denda diri dengan menggandakan bacaan. Secara tak langsung, kita jadi bersemangat untuk sentiasa mengulangi bacaan. Saat Allah tahu kesungguhan dan semangat kita untuk mendapatkan kelazatan dalam membaca Al-‐Quran, Dia akan memberkati dan menghadirkan kecukupan dalam kehidupan kita. #5 MENGHAFAL Apa sebab kita mesti hafal Quran? Hafalan merupakan satu kunci untuk tadabbur Al-‐Quran. Ayat yang dihafal akan selalu hadir sehingga mudah digunakan dalam situasi kehidupan harian kita secara cepat dan langsung. Kita menghafal ayat Quran supaya dapat menjaga kandungannya yang mempunyai ilmu tentang Allah dan hari kiamat. Ilmu tersebut yang dapat mewujudkan kebahagiaan, kehidupan yang baik, keteguhan dalam menghadapi musibah dan memberikan kekuatan bagi umat dalam menghadapi musuh. Teknik hafal Al-‐Quran boleh dimulai dari Surah An-‐Nas, kemudian Al-‐Falaq seterusnya kebalikan urutan Al-‐Quran. Teknik ini digunakan sesuai dengan tahap dan kemudahan dalam latihan hafalan tidak kira seorang pelajar, belia mahupun orang dewasa.
Description: