ebook img

buku panduan akademik PDF

196 Pages·2010·3.03 MB·English
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview buku panduan akademik

BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA DAN DIPLOMA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI SESI AKADEMIK 2010/2011 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA Hakcipta Terpelihara ISI KANDUNGAN Pengurusan Tertinggi Universiti Objektif, Visi, Misi, Moto Universiti Latar Belakang Universiti Kata-kata Aluan Dekan Pengurusan Tertinggi Fakulti Struktur Organisasi Fakulti FTMK Seimbas lalu Visi, Misi, Objektif Fakulti Objektif Program Akademik Senarai Jabatan Kalendar Akademik Sistem Akademik Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemudahan Makmal Senarai Kakitangan KATA-KATA ALUAN DEKAN Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinnya kita diberi nikmat kehidupan dan diberi peluang untuk menimba ilmu khususnya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk meningkatkan kemajuan diri kita dan negara kita umumnya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w) serta ahli keluarganya dan seluruh pengikutnya sehingga hari kiamat. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat universiti khususnya ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK). Hargailah dan manfaatkan peluang ini kerana tidak semua rakan- rakan anda yang bertuah untuk mendapat peluang ini. Walaupun FTMK hanya berusia enam tahun sejak penubuhannya, ianya telah memainkan peranan dalam melahirkan tenaga professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi malahan kemahiran dan kebolehan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari terus seperti yang diperlukan oleh pihak industri dan pasaran kerja. Walaupun persepsi masyarakat permintaan terhadap tenaga ICT sudah mencukupi dan minat serta pemintaan terhadap pendidikan ICT telah menurun sejak kebelakangan ini, berdasarkan Rancangan Malaysia ke Sembilan, pembangunan tenaga kerja ICT dijangka terus meningkat kepada 300,000 orang menjelang 2010 berbanding 183,204 pada 2005. Oleh itu amat penting bagi mahasiswa dan mahasiswi melengkap diri dengan ilmu serta kemahiran ICT yang sesuai. Pada tahun 2004, FTMK telah dinilai oleh Jabatan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Tinggi dan hasil daripada penilaian tersebut ahli panel penilai telah memberi maklumbalas yang positif khususnya keunikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan oleh FTMK dalam memenuhi keperluan industri. Anda adalah di antara pelajar yang beruntung diterima masuk ke FTMK kerana pengalaman dan ilmu serta kemahiran yang bakal anda terima adalah antara yang terbaik dan terkini. Akhir kata, adalah menjadi hasrat Fakulti dengan penerbitan Buku Panduan ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi merancang pengajian akademiknya dengan teratur dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Segala kemudahan yang disediakan oleh Universiti hendaklah digunakan dengan penuh kebijaksanaan dan tanggungjawab kerana kelengkapan serta kemudahan makmal yang disediakan oleh FTMK tiada tolok bandingnya. Diharapkan juga agar buku panduan ini akan dapat bertindak sebagai sumber maklumat dan panduan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program di FTMK. Selamat Belajar dan Maju Jaya. Wassalamualaikum. Profesor Dr. Hj. Shahrin bin Hj. Sahib Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka PENGURUSAN TERTINGGI FAKULTI Dekan Fakulti Timbalan Dekan Tim. Dekan (Penyelidikan Pentadbiran Fakulti (Akademik) & Pengajian Siswazah) (Ketua Penolong Pendaftar) Ketua Jabatan Ketua Jabatan KJ (Sistem & Ketua Jabatan Ketua Jabatan Pengurus Penolong (Kom puteran (Media Komunikasi (Kejuruteraan (Program Makmal Pendaftar Industri) Interaktif) Komputer) Perisian) Diploma) Dekan Ketua Penolong Pendaftar Ketua Jabatan Sistem dan Prof. Dr. Hj. Shahrin STRUKTUR ORGANISASI FAKULTI Dekan Prof Dr Hj Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin Pembantu Tadbir (K) Lela Binti Omar Timbalan Dekan (Akademik) Timbalan Dekan Ketua Penolong Pendaftar Dr Burairah Bin Hussin (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Muhamad Sopian Baharom Prof Dr Nanna Suryana Herman Pembantu Tadbir (K) Ketua Jabatan Suhaila Binti Hassan Komputeran Industri Pembantu Tadbir (K) Penolong Pendaftar Dr Abdul Samad Hasan Basari Suhaila Binti Hassan Mohd Rady Bin Karim Ketua Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer Dr Abdul Samad Sighghatullah Penolong Akautan Pembantu Tadbir Kanan Pembantu Am Pejabat Ketua Jabatan Rosidah Binti Awang Sharifah In(taPn/O B)inti Osman Abdul Rahman Bin Salleh Kejuruteraan Perisian Dr Azah Kamilah Binti Muda Pembantu Tadbir (Kewangan) Pembantu Tadbir (P/O) Pembantu Am Pejabat Ketua Jabatan Siti Hajar Binti Abd Latif Noor Manisha Binti Mahat Kharmizi Bin Khamis Media Interaktif Dr Syariffarnor Binti Hisham Penolong Pengawai Tadbir Ketua Jabatan Noor Azman Bin Mansor Program Diploma Pensyarah Muhammad Haziq Lim Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) Pembantu Tadbir (P/O) Pengurus Makmal Nor Hafizah Binti Hamyadi Zuraimi Bin Zolkaflee Juruteknik Emaliana Binti Kasmuri FTMK SEIMBAS LALU Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) adalah antara fakulti yang terawal ditubuhkan apabila Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM) dibentuk pada 1 Disember 2000. Ia beroperasi dengan pengambilan pelajar sulung pada sesi kemasukan 2001/2002 pada 22 Jun 2001. Bermula 1 Februari 2007, UTeM telah dikenali sebagai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Fakulti mempunyai empat (4) buah Jabatan iaitu : i. Jabatan Kejuruteraan Perisian ii. Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer iii. Jabatan Media Interaktif iv. Jabatan Komputeran Industri Pada sesi 2009/2010 FTMK menawarkan kursus : DIPLOMA Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi SARJANA MUDA Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) SARJANA (secara penyelid ikan) Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dan Komunikasi (secara ker ja kursus) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangka ian Internet) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian dan Kepintaran) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Sistem Keselamatan) KEDOKTORAN (secara penyelidikan) Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Komunikasi VISI, MISI DAN OBJEKTIF FAKULTI Objektif Fakulti 1. Melahirkan profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang kompeten, berketrampilan, dan bersahsiah murni, menjadi pilihan utama Visi Fakulti industri dalam da n luar negara. 2. Meneraju dan memajukan penyelidikan gunaan dalam bidang ICT yang Menjadi sebuah pusat kecemerlangan menghasilkan ilmu baru dan teknologi inovatif yang diperlukan industri atau pendidikan, penyelidikan dan boleh komersil dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. perkhidmatan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, yang kreatif, inovatif dan terkemuka. 3. Meningkatkan profesionalisma dan kompeten si staf serta menyumbang kepada penjanaan hasil kewangan universiti melalui perkidmatan perundingan, latihan profesional serta pendidikan berterusan yang berkualiti. Misi Fakulti 4. Menyumbang kepada meningkatkan kefahaman dan pembudayaan ICT dalam masyarakat, dan progra m kemasyarakatan lain yang memberi kesejahteraan sosial atau pembangunan ekonomi kepada masyarakat. Melahirkan profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bersahsiah murni, kompeten dan 5. Mewujudkan jalinan dan hubungan kerjasama pintar yang berterusan berterampilan tinggi melalui pendidikan teknikal berkualiti bertaraf dunia dengan industri dan institusi kecemerlangan di dalam dan luar negara. berteraskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi 6. Membangunkan infras truktur dan sistem pengurusan fakulti yang berkualiti dengan perkongsian pintar universiti dan menyokong pembangunan program dan aktiviti bagi mencapai industri selaras dengan aspirasi negara. matlamat fakulti. OBJEKTIF PROGRAM AKADEMIK Program Educational Objectives Program Educational Objectives (PEO) merupakan kenyataan umum yang menerangkan jangkaan pencapaian graduan selepas beberapa tahun bergraduat, semasa di dalam kerjaya mereka. ia merujuk kepada kualiti graduan berdasarkan kepada kepentingan stakeholder. 1. Memiliki pengetahuan yang penting dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat termasuk kemahiran berfikir yang dapat ditunjukkan dalam konteks penggunaannya. 2. Mengadaptasi perubahan teknologi melalui penyelidik atau aktiviti -aktiviti pembelajaran berterusan 3. Memahami dan menghargai kemahiran kemunculan yang efektif, usaha kerjasama dan peranan -peranan pemimpin dalam kerjaya merek a. 4. Mengenalpasti dan berpegang kuat kepada pendirian etika dalam melaksanakan aktiviti professional.

See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.