ebook img

apakahjihaddijalanall ah PDF

125 Pages·2009·0.63 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview apakahjihaddijalanall ah

A P A K A H J I H A D D I J A L A N A L L A H ? Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad. Hafiz Firdaus Abdullah Judul: Apakah Jihad Di Jalan Allah ? Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad. Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah www.al-firdaus.com [email protected] © Hafiz Firdaus Abdullah. Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis. Penerbit: Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel: 07-235 1602 Fax: 07-235 1603 www.jahabersa.com.my [email protected] Cetakan Pertama: 2003 ISBN: Dicetak oleh: 2 Kata Pengantar. 7 Bab Pertama 1 Definisi jihad di jalan Allah 17 1.1 Definisi istilah jihad dari sudut bahasa 17 1.2 Beberapa contoh penggunaan istilah jihad di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah 19 1.3 Definisi jihad dari sudut Syari‘at 23 1.4 Definisi istilah Di Jalan Allah 27 1.5 Beberapa istilah lain yang berkaitan dengan jihad 31 1.5.1 Siyar ((cid:4)(cid:5)(cid:6)(cid:7)ا) 31 1.5.2 Qital (ل(cid:10)(cid:11)(cid:12)(cid:7)ا) 32 1.5.3 Ribath (ط(cid:10)(cid:14)(cid:4)(cid:7)ا) 33 1.5.4 Ghazwah (ةو(cid:17)(cid:18)(cid:7)ا) 33 1.5.5 Sariyyah ((cid:19)(cid:20)(cid:4)(cid:6)(cid:7)ا) 33 1.5.6 Jaisy ((cid:21)(cid:5)(cid:22)(cid:7)ا) 34 1.5.7 Jahfal ((cid:23)(cid:24)(cid:25)(cid:22)(cid:7)ا) 34 1.5.8 Khamis ((cid:26)(cid:5)(cid:27)(cid:28)(cid:7)ا) 34 1.5.9 Ba’ts ((cid:29)(cid:30)(cid:31)(cid:7)ا) 34 3 Bab Kedua 2 Kepentingan jihad di dalam Islam 36 2.1 Kepentingan Jihad Defensif di dalam Islam 40 2.2 Kepentingan Jihad Ofensif di dalam Islam 44 2.3 Antara Jihad Defensif dan Jihad Ofensif 52 2.4 Kedudukan jihad di kalangan umat Islam masa kini 54 Bab Ketiga 3 Keutamaan jihad dan kemuliaan para mujahid 64 3.1 Keutamaan jihad dan kemuliaan para mujahid di dalam al-Qur’an 67 3.1.1 Jihad adalah perniagaan yang menguntungkan 67 3.1.2 Allah Mencintai para mujahid 68 3.1.3 Para mujahid mendapat perto- longan Allah yang istimewa di medan jihad 68 3.1.4 Para mujahid diampunkan dosa- dosa mereka dan diberi ganjaran syurga 73 3.1.5 Para mujahid yang gugur syahid sentiasa hidup di sisi Allah 76 4 3.1.6 Para mujahid bergerak bebas di dalam syurga 78 3.2 Keutamaan jihad dan kemuliaan para mujahid di dalam al-Sunnah 80 3.2.1 Jihad adalah amalan terpenting di dalam Islam 80 3.2.2 Jihad adalah amalan yang tiada tandingannya 82 3.2.3 Jihad menjanjikan pengamalnya darjat syurga yang tertinggi 84 3.2.4 Amalan lain yang bersangkutan dengan jihad dianugerahkan gan- jaran yang berlipat ganda 86 3.2.5 Allah Tertawa dan Kagum kepada para mujahid 89 3.2.6 Doa para mujahid didengar oleh Allah 92 3.2.7 Para mujahid mendapat ganjaran yang berlipat ganda dalam tempoh yang singkat 93 3.2.8 Amalan para mujahid terus berkembang 93 3.2.9 Para mujahid terpelihara daripada api neraka 94 3.2.10 Dipermudahkan sakaratul maut bagi para mujahid 96 3.2.11 Para mujahid dapat memberi syafaat kepada ahli keluarganya 97 3.2.12 Para mujahid yang gugur syahid ingin dikembalikan ke dunia 98 5 Bab Keempat 4 Membetulkan beberapa salah faham tentang amalan jihad 102 4.1 Salah faham di dalam definisi jihad 102 4.2 Hadis “Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad besar.” 107 4.3 Salah faham bahawa jihad adalah amalan aliran tertentu sahaja 112 Penutup 122 6 (cid:1)(cid:2)(cid:3)(cid:4)(cid:5)(cid:6) (cid:8)(cid:9)(cid:4)(cid:5)(cid:6) (cid:10)(cid:6) (cid:1)(cid:11)(cid:12) (cid:29)(cid:18)(cid:4)(cid:30) (cid:8)(cid:31) (cid:10)(cid:6) (cid:12) !"(cid:21)(cid:17)(cid:18) ,(cid:13)(cid:4)(cid:14)(cid:15)(cid:16)(cid:11)(cid:17)(cid:18) (cid:19)(cid:20)(cid:2)(cid:21)(cid:16)(cid:11)(cid:17)(cid:18) (cid:13)(cid:22)(cid:23)(cid:24) (cid:10) (cid:22)(cid:23)(cid:25)(cid:6) (cid:26)(cid:27) '()* (cid:8)(cid:31)(cid:18) (cid:19)(cid:5) ')(cid:31) +, (cid:10)(cid:6) (cid:13)(cid:22)-* (cid:8)(cid:31) , (cid:20)(cid:5) (cid:23)#(cid:6) $ %(cid:2)& (cid:8)(cid:31)(cid:18) (cid:20)(cid:11)(cid:14)(cid:17)(cid:6) (cid:22)-2(cid:17)(cid:18) (cid:19)(cid:5) 3*(cid:4)(cid:30)4 (cid:13)(cid:22)(cid:3)(cid:18) (cid:10)(cid:6) 4(cid:6) (cid:19)(cid:5)(cid:27) 4 (cid:26)5 (cid:22)-2(cid:17)(cid:18) .(cid:19)(cid:5) ./ 0 +, .(cid:19)(cid:5)"&(cid:29)(cid:18) (cid:13)(cid:22)6# (cid:6)(cid:22)(cid:23)7 (cid:26)5 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. 7 Firman Allah ‘Azza wa Jalla Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya. [al-Nisa’ 4:84] Amma Ba’du. Pengenalan ringkas. Buku ini diusahakan khas bagi menerangkan satu bab yang tersangat penting di dalam syari ‘at Islam yang telah dilupa atau disalah ertikan, iaitu: Jihad Di Jalan Allah ? Insya-Allah akan diberikan penjelasan serta perbahasan yang mendalam tentang Definisi, Kepentingan, Kemuliaan, Hukum dan Syarat-syarat yang berkaitan dengan amalan Jihad Di Jalan Allah berdasarkan nas al- Qur’an dan al-Sunnah yang sahih serta diikuti dengan penjelasan para ulama’ Islam yang muktabar. Buku pertama ini menumpukan perhatian kepada Definisi, Kepentingan, dan Kemuliaan amalan jihad di jalan Allah. Insya-Allah akan diusahakan buku kedua yang akan menumpukan perbahasan kepada Hukum dan Syarat- 8 syarat amalan jihad di jalan Allah pula. Faktor-faktor yang menyebabkan penulisan buku ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan penulis memilih subjek jihad sebagai sumber kajian dan penulisan. Faktor-faktor tersebut adalah: Pertama: Amalan jihad di jalan Allah pada asalnya merupakan salah satu daripada tuntutan syari‘at Islam yang memiliki dasar yang jelas di dalam al-Qur’an dan al- Sunnah yang sahih. Ia menjadi pegangan generasi umat Islam seluruhnya dari zaman baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ke zaman kemuncak kegemilangan Islam. Setelah itu ia semakin “menghilang” sehinggalah ke hari ini di mana ia hilang terus daripada pengetahuan umat Islam. Di dalam kelas- kelas pengajian sekolah mahupun universiti, buku-buku teks, ceramah “live” di masjid, dewan atau radio, subjek jihad tidak dibahas langsung. Jika ada sekalipun, ia adalah perbahasan yang bertujuan untuk melencongkannya daripada maksud yang asal. Padahal subjek jihad mewakili sebahagian besar daripada ayat-ayat al-Qur’an yang suci serta hadis-hadis Nabawiyyah yang mulia. Bahkan di dalam al-Qur’an terdapat beberapa surah yang khusus membahas subjek jihad seperti surah al-Anfal dan surah al-Taubah. Pengkhususan seperti ini tidak berlaku ke atas lain- lain amalan atau subjek di dalam syari‘at Islam. Manakala di dalam kitab-kitab hadis pula, para imam yang menyusunnya telah mengkhususkan bab yang khas tentang subjek jihad di mana dihimpun di dalamnya 9 hadis-hadis yang berkaitan dengan amalan jihad dan segala yang berkaitan dengannya. Ini diikuti dengan para ulama’ kita daripada kesemua empat mazhab yang telah mengkhususkan sebuah bab di dalam kitab mereka masing-masing untuk membahas subjek jihad ini. Oleh itu perlu dikembalikan perhatian umat Islam kepada ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan subjek jihad kerana ia termasuk salah satu daripada kewajipan (fardhu) syari‘at Islam. Kedua: Jihad bukanlah sekadar satu kewajipan daripada kewajipan-kewajipan syari‘at Islam. Ia memiliki kedudukan yang lebih tinggi daripada itu, yakni ia adalah kewajipan yang memelihara kewajipan-kewajipan syari‘at Islam yang lain. Jihad bertindak sebagai perisai yang melindungi syari‘at Islam. Apabila perisai ini berdiri tegak, syari‘at Islam akan terpelihara manakala apabila perisai ini lemah atau runtuh, syari‘at Islam akan jatuh dan musnah. Ketiga: Jika dianalisa nasib yang menimpa negara-negara Islam yang diserang musuh sepertimana di Palestin, Bosnia, Ambon, Afghanistan dan Iraq, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa nasib yang sama akan juga menimpa negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia bertindak bebas menyerang mana- mana negara Islam tanpa perlu menunggu mandat daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 10

Description:
jihad seperti surah al-Anfal dan surah al-Taubah. Pengkhususan seperti ini tidak berlaku ke atas lain- lain amalan atau subjek di dalam syari'at Islam.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.